W4nita Mahu 20 Cahaya Mata, Gembira Teruja Meng4ndung Anak Ke-17

Seorang wanita yang sudah memiliki 16 orang anak kini dilaporkan mengandung anak ke-17. Memetik laporan Mirror, Patty Hernandez, 40, memilih semua nama anaknya bermula dengan huruf C sebagai penghormatan kepada suaminya, Carlos.

Pasangan ini mempunyai enam anak lelaki dan sepuluh anak perempuan, di mana lima pasang anak tersebut adalah kembar.

Nama anak-anak mereka ialah Carlos Jr, 14, Christopher, 13, Carla, 11, Caitlyn, 11, Cristian, 10, Celeste, 10, Cristina, 9, Calvin, 7, Catherine, 7, Caleb, 5, Caroline, 5, Camilla, 4, Caroll, 4 Charlotte, 3, Crystal, 2 dan Clayton, 1.

Ketika ini dia bersama suami Carlos Hernandez tinggal bersama semua permata hati mereka di rumah lima bilik di Charlotte, North Carolina.

Setiap minggu mereka menghabiskan kira-kira AS$498 (kira-kira RM2,100) untuk belanja makanan serta keperluan lain.

Patty dan Charlos yang kini menetap di North Carolina di Amerika Syarikat (AS), merancang untuk mengekalkan tradisi nama tersebut bagi anak ke-17 mereka.

Anak ke-17 pasangan itu dijangka dilahirkan pada Mac tahun depan. Malah Patty berharap dapat menambah bilangan anaknya sehingga mempunyai 20 orang anak dengan tambahan 3 lagi anak lelaki bagi melengkapkan jumlah 10 anak lelaki dan 10 anak perempuan.

Bagaimanapun, katanya, semuanya berada di tangan Tuhan.

“Saya hamil 13 minggu apabila saya mendapat tahu saya mengandung lagi.

“SAYA SUDAH MENGANDUNG SELAMA 14 TAHUN JADI SAYA BERASA GEMBIRA, TERUJA DAN SYUKUR KERANA DIPILIH UNTUK SEKALI LAGI MENIMANG CAHAYA MATA KE-17,” KATANYA KEPADA MAJALAH FABULOUS.

Wanita Mahu 20 Cahaya Mata, Gembira Teruja Mengandung Anak Ke-17Sebelum ini, Patty pernah memberitahu dia percaya akan mengandung semula selepas kelahiran anak ke-16 pada musim bunga lalu.Patty melahirkan anak ke-16 yang diberi nama Clayton pada Mei tahun lalu. Malah pasangan ini juga enggan menggunakan alat pencegah kehamilan dan reda jika hamil lagi.

Patty berkata bahawa dia sentiasa dikenali oleh jururawat di hospital tempat dia melahirkan anak-anaknya.

“MEREKA BERKATA, SEPERTI ‘ANDA BERADA DI SINI TAHUN LEPAS, KAMI BERJUMPA ANDA SETIAP TAHUN’,” KATANYA.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber :MW

Be the first to comment on "W4nita Mahu 20 Cahaya Mata, Gembira Teruja Meng4ndung Anak Ke-17"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*