Anak Sanggup Pikul Ibu Usia 87 Tahun… Daki Bukit Cvram Demi Penuhi Permintaan Tengok Bunga Rare, Hanya Mekar 12 Tahun Sekali

DUA anak sanggup memikul ibu mereka yang sudah tua bagi memenuhi permintaan untuk menyaksikan fenomena luar biasa bunga Neelakurinji, yang mekar hanya sekali dalam 12 tahun.

Mereka bukan sahaja memikul ibu berusia 87 tahun itu dengan berjalan kaki, malah mendaki bukit yang curam.

Kedua-dua anak lelaki itu berasal dari Kerala, India dan berjalan jauh untuk melihat fenomena bunga tersebut di Ghats Barat.

Wanita berkenaan, Elikutty Paul, yang mengh1dap peny4kit berkaitan usia memberitahu salah seorang anaknya bahawa dia mahu melihat fenomena bunga itu yang sedang mekar.

Tanpa berfikir panjang, anak lelakinya Rojan dan Sathyan membawanya menaiki jip dan mengembara hampir 100 kilometer (km) untuk sampai ke bukit Kallipara berhampiran Munnar.

Permintaan seorang ibu dipenuhi oleh dua anak lelakinya.

Bagaimanapun, setiba di sana barulah mereka sekeluarga menyedari bahawa tiada jalan bermotor ke puncak bukit bagi menyaksikan bunga tersebut.

Enggan berputus asa untuk memenuhi permintaan tersebut, kedua-dua anak lelaki itu kemudian memikul ibu mereka dan berjalan sejauh 1.5km ke puncak bukit.

Neelakurinji (Strobilanthes kunthiana) merupakan bunga yang jarang ditemui di seluruh Ghats Barat dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun di satu kawasan tertentu.

Fenomena Neelakurinji yang mekar hanya sekali dalam 12 tahun.

Lokasi berbunga Neelakurinji yang paling terkenal ialah bukit Munnar di daerah Idukki, kali terakhir berlaku pada 2018, sejurus selepas banjir Kerala yang dahsyat.

Neelakurinji dapat disaksikan di Munnar, yang hanya akan berlaku pada 2030.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER: mstar

 

Be the first to comment on "Anak Sanggup Pikul Ibu Usia 87 Tahun… Daki Bukit Cvram Demi Penuhi Permintaan Tengok Bunga Rare, Hanya Mekar 12 Tahun Sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*