Suami Sempat Tinggal Pesanan Whatsapp Sebelum Jatvh Sungai. Punca Sebenar Kjadian Dided4hkan

” Sebelum suami saya dipercayai jatuh sungai, dia sempat menghantar pesanan WhatsApp meminta untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik kerana dia mahu pergi jauh,”

Itu luahan Siti Najwa Kamarudin, 28, isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Menurut Siti Najwa, suaminya, Muhamad Azwari Aziz, 38, keluar dari rumah sebaik solat Subuh pagi hari ini dan sempat menghantar pesanan WhatsApp serta memberitahu lokasi tempat dia berada.

Katanya, susulan berasa tidak senang selepas membaca pesanan itu, di bergegas ke lokasi kjadian, namun hanya melihat motosikal dan selipar sahaja yang ditinggalkan di atas jambatan.

” Saya cuba mencari suami di kawasan sekitar selain bertanya kepada beberapa pemancing yang ada berdekatan lokasi tetapi tiada siapa yang melihat keberadaan suami saya.

” Melihat kepada cara selipar dan motosikal yang ditinggalkan, saya bimbang jika dia jatuh ke sungai.

” Keluarga terdekat terus menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk membantu mencarinya.

” Semoga dia ditemui selamat dan saya berharap agar dapat dijumpai segera tidak kira dalam apa juga keadaan sekali pun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata berusia satu hingga lima tahun itu berkata, hubungan mereka berdua dalam keadaan baik selain menyifatkan suaminya seorang yang baik dan penyayang serta rapat dengan kesemua anak-anak.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kjadian daripada orang awam pada 9.29 pagi dan terus bergegas ke lokasi kjadian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mngsa sedang dijalankan oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa serta beberapa anggota daripada unit skuba.

Mngsa sudah ditemukan.. rupanya punca kerana alami msaIah psik1atrik

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di laman Facebook Info Banjir Negeri Kelantan memaklumkan mngsa sudah pun dijumpai lebih kurang jam 6 petang tadi.

” Makluman kes kemat1an di sungai Pengkalan Datu. Mngsa berasal dari Pasir Mas dan menetap di kampung isterinya di Kg Telaga Bata Sering.

” Mngsa dikatakan mengalami msaIah gngguan psik1atrik sejak beberapa hari lalu dan telah dibawa berjumpa doktor.

” May4t telah ditemukan di Pulau 100 dan sudah dibawa ke HUSM.. doakan semoga Allahyrham diberi keampunan dan ditempatkan bersama hambaNya yang soleh” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER:hmetr0 dan FB Info Banjir Negeri Kelantan

Be the first to comment on "Suami Sempat Tinggal Pesanan Whatsapp Sebelum Jatvh Sungai. Punca Sebenar Kjadian Dided4hkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*