“Suami Tak Pandai Nak Surprise”- Tiada Anniversary Dinner, Isteri Atu Gembira Dibawa Ke Masjid

Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari gembira apabila dibawa suaminya ke masjid di hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut Shafeeqa, suaminya tidak mahir dalam membuat kejutan namun pada hari itu dia terkejut serta terharu kerana buat pertama kalinya dapat mendengar ceramah secara langsung pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin.

“Sejuk je wajah beliau. Alhamdulillah…dapat jumpa insan yang saya kagumi. Selalu tengok kat Youtube, live fb je. Hari ini dapat tengok depan-depan.

“Saya dapat suami tak pandai lah nak buat suprise… nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti k4ntoi…saya ni teliti orangnya…

“Tapi hari ni dapat suprise. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tiada anniversary dinner… dia bawa saya pergi masjid lah…

“Tak rancang pun tapi sampai Masjid Bukit Jelutong tu ngam-ngam ada Habib Ali Zaenal. Dapat lah dengar ceramahnya live,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video ketika pend4kwah popular itu sedang memberi ceramah di masjid berkenaan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Suami Tak Pandai Nak Surprise”- Tiada Anniversary Dinner, Isteri Atu Gembira Dibawa Ke Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*