Pan4ss..Pan4ss..“Aku Pun Rasa Pan4s”- Pierre Andre Ulas Isv Isteri Kant0i ‘Check-in’ Dengan L4ki Lain

Nampaknya tahun 2020 berakhirnya dengan pelbagai kisah yang kurang menyenangkan dalam industri hiburan. Dari kes perceraian hinggalah pergaduhan di kalangan artis terus menjadi topik utama di dalam media hiburan.

Baru-baru ini, heboh mengenai kes artis wanita ditangkap oleh suaminya sendiri kantoi duduk sebilik dengan lelaki lain. Hal ini telah membawa kepada kes perceraian, malah sehingga sekarang si suami dan isteri masing-masing mempertahankan diri di media sosial. Tahu yang mana satu betul!

Kes isteri ditangkap bersama lelaki lain dalam bilik hotel bukanlah isu yang baru. Sebelum ini pun pernah viral video suami dan anak lelaki telah menyerbu bilik hotel di mana isterinya duduk berdua-duan bersama lelaki lain. Namun sejauh mana kebenaranya hanya mereka yang tahu.

Pierre Andre Ulas Isu Isteri Bersama Lelaki Lain Dalam Satu Bilik

Video ini telah mendapat reaksi oleh oleh pelakon & pengarah berbakat, Pierre Andre menerusi saluran youtube-nya sendiri. Dalam sebuah video berjudul “Isteri KANTOI Check in dengan LAKI lain.. Aduhhhhh…“, Pierre Andre mengulas isu ini dan akui sangat bersimpati dengan apa yang terjadi rumahtangga pasangan tersebut.

“Aku berharap, mereka dapat menghadapi ujian ini dengan tabah, dan selesaikan dengan baik. Walaupun aku faham perasaan lelaki tu, kalau tengok nada lelaki tu macam kecewa tapi sebak. Siapa tak marah kan kalau kita lihat isteri kita bersama lelaki lain. Itu sesuatu yang aku tak boleh terima. Aku percaya mana-mana suami atau isteri takkan boleh terima apabila melihat pasangan mereka di bilik hotel bersama orang lain.”- ujarnya.

Pierre Andre berpendapat, dia tak menyalahkan mana pihak sama ada lelaki atau pun wanita. Ia kerana individu itu sendiri yang melakukan kesalahan tanpa memikirkan akibatnya.

“Isu ini tidak boleh disalahkan lelaki atau perempuan. Ini adalah perbuatan individu, kalau kau sendiri nak buat benda ni, ini bukan sebab jantina kau. Kita fikir dulu sebelum nak buat benda bodoh”-tegasnya

Tambahnya lagi, dia menasihati kepada mana pasangan supaya fikirkan keluarga dan orang tersayang sebelum melakukan sesuatu yang terkutuk.

“Aku rasa dapat banyak pengajaran di sini, apa-apa pun kau kena fikir apa yang kau buat, sama ada kau buat tu betul atau tak betul. Kau fikir keluarga kau, kau fikir ada orang yang sayang kau. Berbaloi kau buat macam ni? Aku rasa tak berbaloi”

“Mari kita sama sama doakan terbaik untuk mereka, Aku rasa ini adalah ujian yang agak getir buat pasangan ini. Kalau salah tetap salah. Kena bertanggungjawab ke atas apa yang kau buat. Aku memang tak respek lelaki yang yang suka isteri orang. Carilah perempuan yang bukan milik orang. Itu lebih baik dan lebih afdal”

Pierre dilihat begitu aktif dalam siaran Youtube-nya dengan memaparkan isu-isu semasa. Pierre yang kini berusia 35 tahun mula mencipta nama selepas memegang watak Reza dalam filem Gol & Gincu pada 2005. Bagaimanapun, selepas mengarahkan filem Kecoh Primadona Kena Hantu – yang turut menampilkan Khatijah – dia dilihat perlahan-lahan berundur dari dunia seni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Murai

Be the first to comment on "Pan4ss..Pan4ss..“Aku Pun Rasa Pan4s”- Pierre Andre Ulas Isv Isteri Kant0i ‘Check-in’ Dengan L4ki Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*