Gara-Gara Review Makanan, Perut Shiha Zikir Mengembung Terkena Peny4kit Misteri

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir memilih untuk tidak terlalu terbuka dalam menerima tawaran membuat ulasan produk makanan.

Shiha berkata, keris4uan dan pengalamannya yang sebelum ini pernah diuji dengan s4kit misteri membuatkannya lebih berhati-hati.

Kredit foto: IG Shiha

“Saya risau kalau produk makanan dan sebab itulah saya tak buat ulasan makanan. Saya berhati-hati dalam banyak perkara.

“Saya sudah lalui sendiri. Keluarga terdekat saya sahaja yang tahu apa yang berlaku kepada diri saya. Saya doakan orang yang ‘buat’ itu, dapat kesedaran,” katanya kepada Harian Metro.

Diminta mengulas mengenai pengalamannya itu, Shiha berkongsi mengenai situasi yang berlaku beberapa tahun lalu itu.

“Perkara ini berlaku lebih kurang tiga tahun sebelum dunia dilanda Cov1d-19. Nak kata tak percaya, tak boleh juga sebab ia memang wujud.

“Pernah satu ketika, sewaktu saya menjalani penggambaran, perut saya kembvng. Waktu itu, saya berada di Cameron Highlands.

“Dia punya besar sampaikan jurukamera menegur saya dan katanya, perut saya nampak lebih besar daripada perutnya. Dia nasihatkan saya supaya balik,” katanya.

Selepas kejadian itu, Shiha kemudiannya menjalani pemeriksaan di hospital, namun, doktor juga tidak dapat mengenal pasti peny4kitnya.

Kredit foto: IG Shiha

“Memang teruk juga pada ketika itu saya menahan kes4kitan. Saya kemudiannya masuk ke sebuah hospital di Ampang Puteri dan dua minggu dit4han di sana.

“Pada masa sama, saya juga turut kehilangan suara. Doktor nasihatkan supaya saya balik dan berubat,” katanya.

Terbaru, Shiha kini muncul dengan single baru berjudul Kalam yang membawakan sisi berbeza Shiha sebagai penyanyi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Gara-Gara Review Makanan, Perut Shiha Zikir Mengembung Terkena Peny4kit Misteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*