Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza-beza “Dulu mak hanya tahu toreh getah …” – Kini ibu naik pesawat selang seminggu

Dulu Mak Hanya Tau Menoreh, Sekarang Siapa Sangka Selang Seminggu Naik Pesawat

Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza-beza. Bukan mudah untuk kita kecapi kesenangan jika tidak merasai sendiri erti kesusahan.

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Abdullah mengenai kisah ibunya yang tercinta yang berusia 67 tahun.

Menurutnya, semasa kecil lagi, ibunya sudah hidup susah dan terpaksa membanting tulang mencari rezeki buat diri dan keluarga. Hanya bersekolah hingga darjah 4, ibu Khairul hanya tahu menoreh getah di kebun dan tidak pernah kemana-mana sepanjang usia mudanya.

Namun begitu, pada 2014, buat pertama kalinya ibu tercinta menaiki kapal terbang dengan satu perjalanan yang jauh sendirian untuk bertemu cucunya di Frankfurt, Jerman.

Sejak dari hari itu, ibu kepada Khairul telah biasa menaiki kapal terbang dan kerap berulang-alik ke destinasi-destinasi yang ingin di tuju menaiki pesawat.

Siapa sangka, seorang wanita yang hanya duduk di kampung dan hidup susah semasa muda telah menikmati usia emasnya dengan berjalan-jalan ke luar negara berkat kegigihannya membesarkan anak-anak hingga berjaya dahulu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, dia yang juga merupakan seorang penulis telah menyatakan bahawa ibunya kini sangat mahir menaiki pesawat dan paling kerap berkelana berjumpa cucu-cucunya di luar negara.

Perkongsian yang sangat menarik itu telah mendapat perhatian warganet yang ternyata kagum dengan kisah inspirasi ini. Rata-rata mereka turut meninggalkan komen di ruangan Facebook Khairul yang berasa kagum dengan semangat juang ibunya.

Sumber : Khairul Abdullah

 

 

Be the first to comment on "Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza-beza “Dulu mak hanya tahu toreh getah …” – Kini ibu naik pesawat selang seminggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*