Dulu Viral Wajah Iras Putera Mateen, Kini Bakat Anak Arruw4h Aziz Desa Jadi Bualan

Boleh pergi jauh ni. Bakat ada, rupa pun ada. 😊

MAHU penuhi hasrat arwah ayah, demikian kata Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara popular, Allahyrham Aziz Desa yang kini berkecimpung dalam bidang masakan.

Dia yang mesra disapa Zhaeim menarik perhatian warga media sosial selepas berkongsi video masakan sehingga menerima ratusan ribu tontonan.

Kata jejaka berusia 19 tahun itu, hasrat yang pernah disuarakan arwh bapanya untuk mempunyai seorang cef dalam keluarga mereka menjadi titik tolak kepada perjalanannya dalam bidang itu.

“Sebenarnya saya tak minat sangat masak-masak. Tapi arwh ayah pernah cakap, dia nak ada seorang cef dalam keluarga. Abang-abang semua dah masuk bidang lain, saya je yang belum ada cita-cita lagi masa tu.

Zhaeim merupakan anak kepada pengacara popular, Allahyrham Aziz Desa.

“Jadi saya pilih untuk belajar sikit-sikit. Lepas dah sambung pengajian, rasa makin minat. Saya nak cuba penuhi hasrat arwh ayah,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Mengulas penularan video masakannya di Twitter yang turut menerima kec@man segelintir individu, Zhaeim bagaimanapun enggan menghiraukan sebarang k0men n3gatif.

Tapi saya berpegang pada kata-kata arwh ayah, semakin kita dewasa, semakin ramai msuh. Saya ambil yang positif sahaja, apa-apa komen ngatif saya ambil untuk perbaiki diri.

MAS ZHAEIM ZHIDDIN AZIZ

Malah, dia turut berpegang dengan kata-kata arwah bapanya dan mahu terus fokus dalam mengejar cita-cita.

“Dapat banyak view sebab ada orang yang tak suka. Mungkin juga sebab salah faham dengan kapsyen saya yang tulis ‘ada ke kat Twitter ni laki pandai masak, selalu perempuan je,” katanya.

Zhaeim kini melanjutkan pengajian dalam bidang bakeri dan pastri di Kolej Vokasional Langkawi.

“Tapi saya berpegang pada kata-kata arwah ayah, semakin kita dewasa, semakin ramai musuh. Saya ambil yang positif sahaja, apa-apa komen n3gatif saya ambil untuk perbaiki diri,” ujarnya lagi.

Menerusi video itu, Zhaeim berkongsi teknik hidangan olahan sendiri yang menggunakan ‘greentea churros with greentea sauce’ yang dihasilkan sewaktu subjek inovasi di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah.

Posting Zhaeim yang tular di Twitter.

Selain salah faham mengenai kapsyen serta pujian netizen mengenai bakat masakan, tidak kurang juga yang turut memperkatakan mengenai paras rupa Zhaeim.

Malah, dia juga sebelum ini pernah tular kerana dikatakan memiliki wajah mirip putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Selain bakat masakan, paras rupa Zhaeim turut menarik perhatian ramai.

Menurut Zhaeim, dia enggan memikirkan soal itu kerana bakat merupakan perkara utama yang diperlukan untuk mencapai cita-citanya.

Menurut Zhaeim lagi, dia juga berhasrat membuka kafe sendiri, suatu hari nanti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

 

Be the first to comment on "Dulu Viral Wajah Iras Putera Mateen, Kini Bakat Anak Arruw4h Aziz Desa Jadi Bualan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*