Status Sebenar Peniaga Cendol Popular Terb0ngkar, Tak Sangka Rupanya..

Status Sebenar Peniaga Cendol Popular Terb0ngkar, Tak Sangka Rupanya..

SEBUAH kenderaan saji (food truck) di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur, diarahkan menanggalkan pelekat ayat al-Quran pada kenderaannya kerana mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.

Semakan mendapati, cendol dan rojak disediakan warga India yang turut menyalahgunakan pas dan permit.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Md Nasir Mohamad berkata, pemeriksaan bermula jam 2 petang sehingga 4 petang dijalankan selepas menerima aduan orang ramai.

Katanya, seramai tujuh anggota penguat ku4sa ke lokasi dan pada mulanya peniaga warga asing itu mendakwwa hanya pekerja.

“Namun apabila pihak kami meminta majikan mereka tampil, warga asing ini memberi pelbagai alasan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, lelaki berusia 54 tahun dan 27 tahun memasuki negara ini atas permit sebagai pelancong dan bekerja di sektor pertanian.

“Buat masa ini, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya selepas operasi berkenaan, hari ini.

Sementara itu, pemandu teksi, Mohamad Ali, 53, mengakui terkejut kerana menyangka pengusahanya adalah orang Islam.

“Saya lihat ramai orang Melayu menikmati cendol dan rojak di sini yang secara langsung fikir mereka (peniaga) beragama Islam.

“Saya harap operasi sebegini kerap dijalankan bagi mengelakkan pengunjung terutama orang Islam keliru,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TheReporter via KPDNsite

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Status Sebenar Peniaga Cendol Popular Terb0ngkar, Tak Sangka Rupanya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*