“Mama, Ainul Dah Ready Nak Jalan-jalan Keluar Ni.” – Tubuh Makin Berisi, Adik Ainul Seronok Dapat Bersiar-siar Menghirup Udara Segar Di Kota London

Alhamdulillah Ainul semakin sihat. 2 bulan dalam wad, Ainul kelihatan teruja pertama kali berjalan menghirup udara kota London. Pasti ramai yang menunggu kepulangan Ainul. Semoga cepat sembuh.

Perkembangan terbaru adik Ainul Mardhiah yang bertambah baik bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, bahkan rakyat Malaysia turut bersyukur dengan situasi tersebut.

Ainul Mardhiah semakin sihat. Walau pun baru-baru ini terpaksa membatalkan kepulangan ke Malaysia kerana masalah kesihatan, si kecil ini kelihatan semakin pulih dan ceria. Pertama kali dibawa keluar oleh mama & walid setelah 2 bulan di tahan di wad.

Bayi yang disayangi rakyat Malaysia ini pada awalnya mengalami batuk dan demam sebelum berlepas pulang ke tanah air Isnin lalu.

Menerusi perkongsian terbaru, Ainul telah dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan hospital oh ibu bapanya bagi menghirup udara segar setelah berminggu-minggu menjalani rawatan di dalam bilik rawatan.

Menerusi laman Instagram, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan pengikut mereka yang merindui wajah bayi comel tersebut.

Dalam video yang disertakan, keluarga kecil ini membawa Ainul berjalan di sekitar taman bersebelahan dengan hospital Ainul dirawat. Waktu tempatan ketika itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ibu bapanya memaklumkan Ainul merengek dan membawanya keluar bagi menenangkan. Atas keizinan doktor, mereka membawa Ainul keluar.

Ainul kelihatan termenung dan terpesona dengan keadaan di luar. Keberadaan mereka sekeluarga di taman kecil berkenaan hospital turut ditemani kakitangan perubatan.

BERPELUANG BAWA AINUL JALAN JALAN AMBIL UDARA SEGAR HARI NI, SAMPAI TERTIDUR-TIDUR DALAM STROLLER, SEDAP SANGAT KOT KENA ANGIN ANGIN SEJUK HEHE.

Demikian perkongsian yang dimuat naik Ahmad Safiuddin menerusi laman instagramnya.

Ainul kelihatan teruja untuk melihat dunia luar. Mama Ainul memaklumkan ini adalah pertama kali mereka membawa Ainul keluar daripada bangunan hospital selepas pembedahan.

Tangki oksigen dan suction pump turut dibawa bersama dengan Ainul semasa bersiar-siar. Ainul juga kelihatan menghisap jarinya. Berat badannya terkini 2.97kg dan graf berat badannya semakin naik setiap hari.

DIBAWA KELUAR ATAS SARANAN DOKTOR

Bapa Ainul juga menjelaskan yang langkah membawa Ainul keluar ke taman ini adalah saranan daripada doktor. Katanya doktor mahu Ainul melihat keadaan di luar bangunan tidak hanya berada di bilik.

Ahmad Safiuddin juga mengatakan mereka masih belum boleh pulang ke Malaysia kerana ada lagi beberapa rawatan yang diperolehi si kecil ini.

Bapa ini juga memaklumkan yang Ainul boleh memasukkan tangan ke dalam mulut, malah perkara tersebut baik melatihnya untuk menghisap dan menelan.

SERONOK KELUAR & TERTIDUR DALAM STROLLER

Selepas pulang daripada keluar bersiar-siar di taman, Ainul tertidur. Kata bapanya dia memang seronok hingga tertidur dalam kereta sorong.

“Dah puas berjalan, dia tidur.

“Tapi bila sampai je wad, terus terbeliak biji mata lepas tu geleng-geleng kepala.

“Nampak sangat dia seronok keluar tadi sampai tertidur-tidur dalam stroller. Hehe.”

Perkongsian tersebut mengundang perharian warganet dan rata-rata gembira dan bersyukur dengan perkembangan terbaru itu.

datinsallyy : Nampak berisi dah baby ainul…

camandim : Thank you buat live tadi… Terubat rindu kat baby ainul.. Semoga Allah sentiasa lindungi dan kurniakan kesihatan yang baik untuk baby Ainul

nlqin : Comel nya ainul, jari pun cantik, runcing je

Sumber dari Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Mama, Ainul Dah Ready Nak Jalan-jalan Keluar Ni.” – Tubuh Makin Berisi, Adik Ainul Seronok Dapat Bersiar-siar Menghirup Udara Segar Di Kota London"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*