‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah

Alhamdulillah..semoga selalu istiqamah yer toq 🤗

‘Apa Celop, Toqq?’, korang mesti masih ingat dialog yang cukup terkenal menerusi sebuah filem yang ditayang sekitar tahun 2012. Pelakon yang menaikkan tagline itu, Taiyuddin Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai memaklumkan dia masih aktif berlakon meskipun sudah tampil dengan imej Islamik.

” Saya masih menerima tawaran berlakon seperti biasa cuma watak yang ditawarkan sedikit berbeza.

” Mungkin dengan imej begini, orang anggap saya sudah menjadi Tai yang lain. Saya masih orang yang sama yang masih dalam proses mendalami agama,” katanya ketika ditemui di sidang media teater Neo Disiden. Pengarah Terbaik di Festival Teater Kuala Lumpur 2005 ini turut berkongsi kisah di mana ada di antara rakan-rakan lama yang segan ketika duduk semeja.

” Sebelum berhijrah, saya memang dikenali dengan karakter pak lawak bukan sahaja di kaca tv tetapi di luar juga. ” Cuma sejak berhijrah, ada di antara kawan-kawan yang segan nak berbual. Mungkin dengan imej begini orang ingat saya dah tak nak berlawak walhal saya okay sahaja.

” Mengenai tawaran berlakon pula, saya akan terus berlakon selagi ada tawaran. Saya akan berdakwah menerusi lakonan. Jika ada watak yang sesuai dengan penghijrahan ini dan tiada babak bersentuhan dengan pelakon wanita, saya pasti terima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tai bakal tampil dalam teater Neo Disiden yang mendapat inspirasi daripada ‘Tragedi Brutus’ dari karya sasterawan William Shakespeare. Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Julai 2019 jam 8.30 malam di Panggung Eksperimen, Aswara.

Naskah nukilan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah arahan bersama oleh NamRon dan Khairunazwan Rodzy. Teater ini turut dijayakan bersama gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara. Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni lakonan sama ada teater mahupun perfileman.

sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*