Shuib tak sangka jumpa tukang gunting rambut Bangla muka sebijik macam Zizan Razak

Buat part-time tak cover hidung sebab tu orang cam, hadoii 🤣

Shuib tak sangka jumpa tukang gunting rambut Bangla muka sebijik macam Zizan Razak!

Siapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama.

Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan.

Hari ahad pon kerja ke Zizan?

Namun yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

VIEW THIS POST ON INSTAGRAM

HARI AHAD PON KEJE KE @ZIZANRAZAK869 ??? PATUTLAH CALL TAK ANGKAT,SIBUK KAT SALOON RUPANYA 😂 . . @YSUKUSHUIB #YSSPROJECT #SHUIBCHANNEL #TEAMKURAKURA

A POST SHARED BY SHUIB SEPAHTU (@SHUIBSEPAHTU) ON JUN 29, 2019 AT 9:35PM PDT

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan.

“HARI AHAD PON KEJE KE @ZIZANRAZAK869 ??? PATUTLAH CALL TAK ANGKAT,SIBUK KAT SALOON RUPANYA…”

First customer ni pelakon Vietnam…
Lebih lucu lagi, Zizan pun melayan juga usikan Shuib, malah pelawak itu sempat membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

VIEW THIS POST ON INSTAGRAM

ALHAMDULILLAH 1ST CUSTOMER CAKAP MENJADI RAMBUT DIA. HOPE DIA PUAS HATI DAN SESIAPA DAN DATANG BARBERSHOP SAYA TOLONG EMAIL YA SEBAB PACK SANGAT KEDAI NI. TENGAH CARI DEWAN UNTUK DISEWA SAYA PUN DAH 3 HARI X TIDO LAYAN GUNTING RAMBUT. SEMALAM PUN TERPAKSA GUNTING RAMBUT PAKAI KIPAS SILING SEBAB JARI TERLALU PENAT. LIHATLAH 1ST CUSTOMER SAYA PELAKON VIETNAM. HENSEM X? @SHUIBSEPAHTU #ZIZANRAZAK #2019 #Y15ZR

A POST SHARED BY Z I Z A N R A Z A K (@ZIZANRAZAK869) ON JUN 29, 2019 AT 10:17PM PDT

Buat part-time tak cover hidung memang la orang cam

Malah, tidak dapat dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat seiras dengan tukang gunting rambut tersebut.

Sumber : Shuib Sepahtu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Shuib tak sangka jumpa tukang gunting rambut Bangla muka sebijik macam Zizan Razak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*