Bapa Zahid Dilapor Hilang, Mohon Bantuan Dari Netizen

bapa Zahid AF dilaporkan hilang. Sesiapa yg ada sekitar Teluk Intan mohon bantu ya. Jika ternampak kereta Preve Silver DCS 6092 mohon tahan

Memaklumkan kehilangan bapanya di Instagram, Zahid memohon bantuan netizen untuk mencari bapanya di sekitar Teluk Intan. Tulis Zahid, bapanya keluar memandu kereta Preve Silver bernombor pendaftaran DCS 6092 dan sehingga kini tidak diketahui lokasi bapanya berada.

“Dah lima jam keluar ni tak balik-balik lagi. Harap sesiapa yang di area Perak terutamanya, take note no plat DCS 6092 ye.

“Siapa-siapa area Teluk Intan yang nampak kereta Preve silver sila tahan dan maklumkan pada saya.

“Sebab papa saya dia bawak kereta dan tak ingat dia nak pergi mana, mohon bantuan kawan-kawan,” katanya.

Zahid berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram pada Ahad. Menerusi ruangan Insta Story pula, penyanyi lagu Biar Aku Yang Tahu ini turut memuat naik foto terkini bapanya. Menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman tersebut, Zahid memberitahu ayahnya itu masih belum ditemui. Semoga ada yang prihatin membantu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Zahid via MH

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🙏🏽

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

 

Be the first to comment on "Bapa Zahid Dilapor Hilang, Mohon Bantuan Dari Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*