Kanak-kanak mening g4l dunia selepas bermain tumbuk-tumbuk

Muhammad Azfar Qayyum meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman ketika bermain tumbuk-menumbuk dengan bapa saudaranya

BALING – Seorang kanak-kanak meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman ketika bermain tumbuk-menumbuk dengan bapa saudaranya di rumah mereka di Kampung Bandar, Siong, hari ini. Mangsa, Muhammad Azfar Qayyum Md Said, yang berusia enam tahun, disahkan meninggal dunia ketika diperiksa pasukan perubatan Hospital Baling pada jam 2.15 petang tadi. Pemangku Ketua Polis Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika pemeriksaan di hospital.

“Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam bilik rumahnya pada jam 1 tengah hari tadi. “Keluarga mangsa kemudian membawanya ke Hospital Baling, namun pemeriksaan doktor mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira empat jam sebelum itu,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Abd Fatah berkata, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa menemui beberapa kesan lebam pada bahagian kepala dan badannya. “Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa ada bermain bersama dengan bapa saudaranya berusia 16 tahun yang juga pesakit sindrom down pada malam semalam.

“Mereka dikatakan bermain tumbuk-tumbuk, namun berhenti selepas ditegur ahli keluarga. Mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat kejadian itu,” katanya. Berikutan itu, polis menahan bapa saudara mangsa petang tadi bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah ((HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Kanak-kanak mening g4l dunia selepas bermain tumbuk-tumbuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*