Pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kedua-duanya kini sedang sibuk dengan beberapa jenis perniagaan yang mereka sedang usahakan. Kadang-kadang juga ada mereka kongsikan gelagat masing-masing dalam rumahtangga di laman sosial yang membuatkan pengikutnya terhibur.
Sama seperti video yang dikongsikan oleh Siti Sarah baru-baru ini. Menerusi video tersebut kelihatan suaminya, Shuib sedang bersantai di atas kerusi. Namun apa yang peliknya dalam rakaman itu adalah di muka Shuib ada misai yang boleh tahan tebalnya.
Video Siti Sarah mengenakan suaminya dengan filter misai tersebut membuatkan Shuib memberikan reaksi sempoi sekali.
Berikut adalah video pendek reaksi selamba Shuib diusik isteri yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik isterinya itu:
Lihat siaran ini di InstagramDato kata nak jual kejora holding ! Ada sapa2 nak beli ke? @shuibsepahtu
Memang sempoi betul lagak laki bini berdua ini! Amacam kalau Shuib bermisai macam ini? Dah macam inspektor polis pun ada. Video pendek reaksi selamba Shuib diusik isteri ini telah meraih lebih 123 ribu tontonan dan 13 ribu likes.
Rata-rata netizen meningg4lkan reaksi mereka mengenai gelagat suami isteri ini di ruangan komen seperti berikut:
“10 kali ulang. Terkekehhh kekehh gelak..Aduii”
“Sekali tengok abang Shuib macam sarjan misai a.k.a AC Galak gerak khas”
“Suka tengok. Bahagia sangat nampak”
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Reaksi Selamba Shuib Diusik Isteri, “10x Ulang Terkekeh Gelak”"