“Myvi bukan sebarang Myvi…”- Elly Mazlein Sempoi Akui Guna Myvi

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein bukan sahaja membuatkan warganet dan peminat terhibur di kaca televisyen malah menerusi laman sosial Instagram peribadinya juga dia seorang yang lucu sekali gus membuatkann ramai seronok mengikuti perkembangannya.

Apatah lagi, Elly Mazlein atau mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pompom antara selebriti yang beralih ke laman sosial untuk lebih mudah dan cepat bagi berkongsi tentang perkembangan kerjaya dimana dia kini sedang sibuk shooting drama trending, Kampung People musim yang kedua.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu x dgn keloge Pak Abu? . A K A N D A T A N G . #kampungpeople2 #kampungpeople

Siaran dikongsi oleh 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) pada

Bukan itu sahaja, Kak Lina Pompom juga sporting berkongsikan sedikit tentang kisah keluarganya dan terbaru, dia ada memuat naik sekeping foto kepada umum.

Tentu sahaja perkongsiannya meraih perhatian peminat dan pengikut apabila Elly Mazlein berkongsikan sebab dirinya yang penuh bersemangat untuk pulang kerumah dimana ia kerana suami dan anaknya.

“Diantara punca berkoba koba nak balik umah bila mama bekerja cari duit. Atok anta gambar ni kat mama. Atok cakap, main air je lebih dari basuh keta.”

Dalam pada masa yang sama, selain gelagat keluarga bahagia ini menjadi perhatian, Elly Mazlein juga sempoi memberitahu kepada peminat dan pengikut bahawa dia juga merupakan geng kereta Myvi.

Lalu diruangan komen dia menerima pelbagai reaksi tentang kereta yang popular dengan pelbagai situasi diluar jangkauan itu.

Reaksi ramai diruangan komen

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "“Myvi bukan sebarang Myvi…”- Elly Mazlein Sempoi Akui Guna Myvi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*