Gelagat Wanita Bercakap Loghat Melaka, “Savage Makcik Ni”

Setiap negeri di Malaysia punya loghat percakapan masing-masing. Jika di Kelantan dan Terengganu dengan loghat Pantai Timur mereka, di utara pula dengan loghat lain dan begitu juga di Melaka. Masing-masing ada cara percakapan tersendiri.

Jika sebelum ini pernah tular dengan satu video seorang wanita yang berbual dalam loghat Melaka, kali ini rakaman gelagat wanita yang sama kembali mencuri perhatian ramai.

Dalam video terbaru yang memaparkan gelagat wanita bercakap loghat Melaka ini kelihatan beberapa orang sedang bersantai di depan rumah. Kedengaran suara-suara yang sedang asyik berbual dengan rancak.

Namun apa yang diperkatakan dengan loghat sebutan mereka itu menjadi perhatian ramai. Sakan betul berborak sampai riuh sekampung, rupa-rupanya mahu ke dapur untuk mengambil cawan sahaja! Berikut adalah video yang dikongsikan semula oleh Sinar_my yang dirakamkan oleh pemilik akaun Instagram Otam Blurr:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa orang Melaka mesti tahu yang orang Melaka cakap memang macam nak bergaduh. Hahaha. Cakap je kasar tapi hati baik, lembut. Kan ? Hihi #SinarKongsi Sumber : @otamblurr

Siaran dikongsi oleh SINAR (@sinar_my) pada

Video ini telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 12 ribu likes. Rata-rata warganet meningg4lkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Saya faham sangat apa yang makcik tu cakap”

“Cara percakapan orang Melaka macam ajak orang melepak sekali”

“Betul orang Melaka cakap macam nak gaduh tapi sebenarnya ok je…Suami orang Melaka..Mula2 dulu tak tahu orang melaka cakap macam gini…”

 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Gelagat Wanita Bercakap Loghat Melaka, “Savage Makcik Ni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*