“Ada Kisah Disebalik Kulit Aku Sekarang”- Altimet Buka Cerita Berkenaan Isv Kvlit. Ramai Peminat Terkejut

“Ada Kisah Disebalik Kulit Aku Sekarang”. Altimet Buka Mulut Berkenaan Isu Kulit Yang Mengejutkan Ramai
Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, menyifatkan kulit wajahnya sebagai peris4i untuk dirinya.

Berkongsi catatan mengenai kulit di laman Instagram, pelantun lagu Amboi ini mengakui kulit wajahnya menjadi pelindung untuk dirinya dari wanita-wanita yang boleh melal4ikan.

“Kulit aku peris4i aku. Kulit aku banyak lindungi aku dari benda-benda neg4tif. Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang macam ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. “Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melal4ikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku.

“Kulit aku pernah membuat saingan-saingan aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat dan handal untuk mengatasi mereka. You know who you are,” tulisnya.

Mengakui dirinya tidak tampan, Altimet juga tidak bergantung kepada rupa untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi olehnya.

“Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa untuk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu, aku menggantung harga diri aku pada kualiti karya aku. “Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dengan lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain

“Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi temb4klah kuat mana, Insya-Allah tak lut. “Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kec3wa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hikmahnya. Lagipun, kulit yang mulus / cantik tak kekal selamanya,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan nukilan yang dicoret oleh Altimet dan menyokong buah fikiran penyanyi itu.

Altimet mahu satukan semua anggota

Dalam perkembangan lain, Penyanyi rap, Altimet, yang diumumkan menang sebagai Ketua Cabang PKR Ampang, selepas dua keputusan asal dibatalkan, meletak harapan tinggi untuk menyatukan semua anggota PKR di cabangnya.

Dalam satu kenyataan, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, berkata kemenangan tanpa dijangka itu membawa satu tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya.

“Apatah lagi bagi seorang yang dilihat sebagai masih setahun jagung dalam arena ini. Tetapi, ini bukan satu tugas untuk seorang individu, ia adalah usaha bersama ahli yang menjiwai semangat parti reformis PKR.

“Saya yakin barisan ini mampu menerajui pergerakan parti di kawasan ini dengan cemerlang,” katanya mengulas pengesahan kemenangannya oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP),

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Gempak via Majalahperdana

Be the first to comment on "“Ada Kisah Disebalik Kulit Aku Sekarang”- Altimet Buka Cerita Berkenaan Isv Kvlit. Ramai Peminat Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*