Hampir dibuang universiti, pelajar K1mia pasrah gag4l tukar kursus! Kini dinobat guru cemerlang Sains, banyak terima anugerah global

SIAPA sangka individu yang dahulunya sukar menguasai dan memahami subjek yang diajar sehingga pernah memperoleh CGPA kurang dari 1.0 semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), kini dinobatkan sebagai guru cemerlang.

Malah pada tahun lalu, beliau terpilih mewakili negara sebagai penerima Anugerah Princess Maha Chakri tahun 2021 daripada kerajaan Thailand bersama 10 guru dari negara ASEAN selain pernah disenaraikan sebagai finalis top 50 bagi anugerah guru berprestij, Global Teacher Prize 2020 oleh Varkey Foundation yang berpusat di London pada Mac 2020.

Berkongsi pengalaman kesukaran yang dialami semasa zaman belajarnya, Norhailmi Abdul Mutalib mengakui dia bukanlah pelajar cemerlang malah hampir dibuang universiti.

“Keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya biasa saja, kategori sederhana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Cikgu Hailmi gembira dengan tugas sebagai pendidik.

“Tapi saya dapat peluang untuk sambung belajar di matrikulasi USM seterusnya ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Kimia,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Memulakan ceritanya itu, beliau yang lebih mesra disapa Cikgu Hailmi memberitahu, dia sedikit pun tidak meminati subjek Kim1a walaupun mempelajari mata pelajaran tersebut sejak di bangku sekolah.

“Saya tidak minat dengan subjek Kim1a tapi kena buat, ditambah pula tak belajar betul-betul sebab kat sekolah dulu ‘school feeding’ jadi tak tahu macam mana nak belajar dengan betul di peringkat universiti.

Bersama barisan anak muridnya.

“Lagi pula, kebanyakan kawan saya semasa di USM bukanlah daripada kursus yang sama jadi saya merasakan diri tak enjoy serta seronok belajar kursus berkenaan dan akhirnya terus hanyut.

“Selain tak belajar, saya juga sering ponteng kelas dan pernah mendapat pointer (CGPA) kurang daripada 1.00. Disebabkan itu, saya hampir dibuang universiti… tambahan pula banyak subjek yang saya gagal serta perlu repeat,” jelasnya.

Keadaan tersebut juga mendorong beliau untuk memohon pertukaran kursus.

Namun malangnya, ia ditolak oleh dekan di kedua-dua fakulti.

“Sampai satu tahap saya nak tukar kursus tapi tak dibenarkan… saya minta tukar pada tahun kedua sebab dua semester saya cuba tapi masih gagal. Hanya subjek Kim1a saja gagal sedangkan yang lain lulus, jadi saya rasa jiwa saya bukan pada Kimia. Disebabkan tidak dapat tukar, semester lima saya berserah dan terus buat sebab nak buktikan yang saya bukan bod0h.

Murid akan diajar supaya dapat memahami mata pelajaran sains.

“Tahun ketiga tu saya cari adik junior yang sama kursus dan bermula dari situ saya ikut mereka pergi kuliah.

“Saya mula paksa diri sebab rasa kesian dekat mak dan ayah di kampung yang banyak berhabis duit. Pada masa tu saya ahli keluarga yang pertama masuk universiti, jadi saya rasa ada satu tanggungjawab untuk habiskan apa yang saya mula.

“Jadi saya cari kawan-kawan baru iaitu adik-adik junior dan ikut mereka pergi kuliah serta perbincangan kumpulan sehingga sampai satu tahap saya rasa boleh buat dan tak seperti sebelumnya yang tak tahu langsung,” imbaunya.

Apabila diterima saya terus memasang niat bahawa, saya nak jadi guru yang menjadi inspirasi kepada anak murid. Saya mahu mereka faham dan minat dengan subjek yang saya ajar.

CIKGU HAILMI

Tambahnya yang terpaksa extend tiga semester sebelum menggenggam segulung ijazah, prinsip ‘gagal sekali bukan bererti gagal selamanya’ dipegang erat sekali gus membuatkannya berjaya menghabiskan pengajian dengan CGPA 2.35.

Bercerita lanjut tentang permulaannya menjadi guru, ujarnya yang kini berusia 41 tahun, ia terjadi secara kebetulan.

“Saya jadi cikgu lepas tamat graduasi tu yang mana masa itu saya sedang mencari kerja… kakak saya suruh mohon jadi cikgu ganti di Perlis sebab dia pun guru.

“Dalam tempoh tu, saya macam jatuh cinta dan lepas itu bila ada iklan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) saya mohon dan Alhamdulillah dapat dan saya memilih Kim1a sebagai subjek utama.

“Apabila diterima saya terus memasang niat bahawa, saya nak jadi guru yang menjadi inspirasi kepada anak murid. Saya mahu mereka faham dan minat dengan subjek yang saya ajar,” luahnya sambil menyatakan subjek pertama yang diajar adalah Kim1a.

Anak jati Perlis itu juga tidak menyangka bahawa langkah yang diambil itu akhirnya membuka ruang untuk dia membuktikan kemampuan diri sehingga dinobatkan sebagai guru cemerlang dan bidang kepakaran pilihan adalah Sains.

Pernah menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2022 yang dicalonkan oleh bekas murid.

Enggan perkara sama menimpa anak muridnya, Hailmi juga sering menceritakan pengalaman dirinya sebagai pedoman sekali gus membantu pelajar mendapatkan teknik yang betul ketika belajar.

“Saya selalu cerita tentang pengalaman belajar, ia bukan sebab susah atau mereka tak pandai tapi sebab mereka tak jumpa cara belajar yang betul. Lesson learned yang saya dapat adalah cara belajar yang betul akan membantu murid memahami sesuatu mata pelajaran,” luahnya yang kini berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah sejak 2015 sebagai Guru Cemerlang Sains.

Kesungguhannya membantu setiap pelajar menyebabkan dia menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2022 yang dicalonkan sendiri oleh bekas muridnya.

Terdahulu, beliau juga aktif pernyertaan antarabangsa termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hampir dibuang universiti, pelajar K1mia pasrah gag4l tukar kursus! Kini dinobat guru cemerlang Sains, banyak terima anugerah global"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*