Anak Selalu Kena ‘Pɑu’ Duit Dengan Kawan, Ini Nasihat Pɑdu Datin Almy Nadia

‘Berang’ apabila anak menjadi m4ngsa bvli rakan sekolah, pelakon Datin Almy Nadia mengambil pendekatan menasihati anaknya agar jangan terlalu berlembut hati memberikan wang belanja miliknya dengan sewenang-wenangnya.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Almy, 36, menegur anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, yang sering menjadi m4ngsa ‘p4u’ duit daripada rakan sekolah agama.

“Kenapa awak nak kena bagi, dia susah sangat ke? Kalau dia nak, awak memang nak kena bagi je semua?

“Lepas ni mama dah tak payah bagi duit belanja dah, kalau awak tabur je duit dekat orang. Ingat senang ke nak dapat duit?

“Mama dah cakap kan, kita bantu orang yang betul-betul susah kalau dia takde duit, takde makan, duduk termenung, orang susah

“Ini minta, dapat, minta dapat. Ingat apa!” kata Almy.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Rata-rata netizen memahami apa yang cuba disampaikan Almy kerana mereka turut berhadapan dengan situasi sama apabila anak-anak sering dibvli rakan-rakan yang sengaja meminta-minta wang walaupun mempunyai duit belanja sendiri.

“Berlaku di mana-mana dah sekarang ni… dari umur muda dah tak malu meminta-minta… kadang-kadang pelik… kita dulu sekolah pun susah juga tapi tak pandai nak meminta duit dgn orang.

“Hurmmm sama lah ank dara saya.. Hari-hari bersedekah… Last-last kita bekalkan makanan dengan RM2@3 je. Bagus dorang bersedekah tapi kalau dah hari-hari kop4k.

“Kakak saya pun baru m4rah anak dia sebab bagi duit kat kawan..baru darjah 1, katanya kawan minta,” komen beberapa netizen.

Selain netizen, penyanyi Tasha Manshahar yang juga seorang guru turut memberikan pandangannya menerusi ruang komen mengenai isu kanak-kanak meminta wang daripada rakan sekolah.

“Parents, please pesan dekat anak jangan minta-minta duit dekat kawan. Please bertegas sikit bab ni. Cuba tiap kali balik, tanya hari ini duit dah beli apa, ada ke pinjam duit kawan.

“Dapat kawan lembut hati macam kakak ni (Afrina), terus aje dia bagi. Benda ni memang berleluasa dekat mana-mana sekolah sekarang. Kadang yang bagi duit pula tak cukup makan nak tolong kawan punya pasal.

“If kawan tu memang time tu nak pinjam sebab tak bawa duit, takpe kita boleh pertimbangkan, tapi ada budak sekarang dia dah jadi habit minta duit kawan.

“Dia ada duit, tapi saja nak minta supaya dia boleh berbelanja lebih daripada apa yang mak ayah dah bekalkan. Cikgu-cikgu pun pening kepala nak setel hal ni,” tulis Tasha.

Sekadar info, Almy mendirikan rumah tangga dengan aktor Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2, dan Nur Afrina Aisyah yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Selalu Kena ‘Pɑu’ Duit Dengan Kawan, Ini Nasihat Pɑdu Datin Almy Nadia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*