” Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ ” – Hattan puji Konsert Search Rockin On Rooftop

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan hilang kata-kata ketika menyaksikan persembahan mantap kumpulan Search pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, malam tadi.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, persembahan yang dibarisi Din dan Kid selaku pemain gitar, Yan (bass) dan Minn (drum) serta vokalis baharu, Denden Gonjalez itu memiliki kehebatan tersendiri.

Penampilan Ella yang turut berduet dengan Denden pada konsert Search malam tadi, menggamatkan suasana. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop

“Saya sudah lama tidak mendengar muzik sebegini. Memang ‘sound’ Search ada pada Din dan Kid. Bila saya dengar Din memainkan lagu Teguh, saya sedih, seperti mahu menangis.

“Saya sangat seronok. Saya rindu nak tengok Din dan Kid main dan saya berpuas hati. ‘Sound’ yang diberikan memang puas hati. Kunci ‘sound’ Search itu memang ada pada Din dan Kid. Tiada siapa boleh menafikan.

“Tanyalah siapa pun, saya pasti mereka mempunyai pendapat yang sama. Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis menonton konsert ini,” katanya.

Dari kiri, Yan, Denden dan Din masing-masing menghangatkan pentas dengan rangkaian lagu malar segar sepanjang konsert lebih dua jam itu, malam tadi. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop

Menurut Hattan, dia juga terkejut dengan kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu.

“Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ Denden ini. Mula-mula saya tengok dia seorang yang pemalu, tapi bila tengok tadi, dia nyanyi memang sedap.

“Saya harap Search terbang tinggi ke negara seberang. Saya percaya kalau mereka keluar album penuh, boleh meletup dan ia boleh merentasi pasaran Indonesia kerana penyanyinya dari Indonesia.

“Usai konsert saya ada berbual dengan Datuk M Nasir, kami mengatakan sekiranya mereka keluar album, lagunya mesti sedap. Saya juga berharap mereka akan menjalankan siri jelajah,” katanya.

Selain Hattan, Konsert Search Rockin On Rooftop turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk M Nasir dan Ramli Sarip. Pada konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 buah lagu.

Kid berkata, kehadiran vokalis baharu Search, Denden perlu dipuji meskipun kali pertama beraksi pada konsert berskala besar bersama mereka.

“Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat. Namun, kami gandakan usaha dan latihan. Akhirnya, kami dapat hasil yang baik malam ini (malam tadi).

“Denden beri sepenuh tenaga yang dimiliki demi meneruskan legasi Search,” katanya.

Kid turut berterima kasih kepada abangnya, Din yang banyak memberi semangat kepada ahli kumpulan untuk meneruskan perjuangan.

“Pujian harus diberi kepada Din. Kita tahu apa yang berlaku. Din ada tunjang utama malam ini (malam tadi). Terima kasih kepada peminat yang hadir.

“Melihat kepada sokongan malam ini, ia beri Search semangat untuk terus berjuang… Mungkin ada hadiah buat peminat,” katanya.

Sementara itu, Denden gembira dapat menjayakan persembahan itu dengan baik.

“Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search. Namun, selepas itu, semuanya okay. Maklum balas peminat di Indonesia juga baik.

“Saya lihat banyak komen yang memberi sokongan. Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokong kami. Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila,” katanya.

Awal bulan ini, Konsert Endemik Search 2022 dibarisi Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal berlangsung di sebuah premis acara, di sini.

 

Sumber: Harian Metro, BH

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "” Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ ” – Hattan puji Konsert Search Rockin On Rooftop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*