Ramai terhibur tengok Zarina Anjoulie sambut hari jadi kucing

Sambutan hari jadi yang dianjurkan pelakon sensasi Zarina Anjoulie membuatkan netizen berasa lucu apabila pelakon itu meraikan ulang tahun kelahiran kucing kesayangannya yang diberi nama Chong Ki.

Sambil menyanyikan lagu hari jadi versi kucing ‘meow-meow’, sambutan majlis ulang tahun kelahiran kucing berwarna kelabu itu turut dilengkapi dengan sebiji kek coklat beserta tiga batang lilin.

Ketika Zarina bersama ibu dan anaknya menyanyikan lagu hari jadi, kelihatan Chong Ki duduk di atas kerusi dengan tertib sambil memandang kek yang diletakkan di atas meja.

“Selamat hari jadi Chong Ki. Tiup lilin!” kata Zarina atau mesra disapa Anju selepas menyanyikan lagu hari jadi bersama ibu serta anaknya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Dalam ruangan komen, aktiviti yang dilakukan Zarina dan keluarganya meraikan hari jadi kucing kesayangannya itu mengundang rasa lucu serta geli hati pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata terhibur melihat gelagat haiwan tersebut.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Be the first to comment on "Ramai terhibur tengok Zarina Anjoulie sambut hari jadi kucing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*