“Dia terima mama walau dah ada anak 5”- Datin Kartini Imbas Kisah Perkenalan Dengan Suami

Siapa yang tidak kenal wanita cantik pengasas kosmetik Young & Glow Foundation dan juga antara pemegang $aham Naelofar Hijab. Tidak hairanlah beliau dan keturunannya sangat cantik dan menawan kerana berdrah campuran Pakistan dan Arab.

Ibu kepada usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa ini juga merupakan isteri kepada Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan.

Ramai yang ingin mengetahui kisah perkenalan mereka berdua.

Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka, Datin Kartini ada berkongsi kisah perkenalan di antara dirinya dan suami di Instagram miliknya.

Menurutnya, dia dan suami mula berkenalan melalui seorang rakan yang digelar ‘Dato’. Pada awalnya, mereka hanya memandang di antara satu sama lain ketika berada di dalam kereta yang bera$ingan.

Siapa sangka, perjumpaan seterusnya berl4ku selepas ‘Dato’ yang dikenali mengajak mereka berdua untuk keluar makan.

Baru kenal 3 hari dan dia tahu mama ada anak 5 orang.

“Malam tu Dato tanya mama free tak nak ajak keluar makan? Mama pun keluar dan tiba-tiba uncle pun ada dekat situ. Lepas saja jumpa masa tu, mama terkejvt sebab tiba-tiba esok lusa uncle nak kahwin dengan mama.

“Baru kenal 3 hari dan dia tahu mama ada anak 5 orang. Allah mudahkan jodoh kami.”- Tulisnya.

Tambah Noor Kartini, penerimaan suaminya terh4dap anak-anak sangat baik dan h4l itu membuatkannya rasa bersyukur. Ujar Kartini lagi, suaminya sangat bertanggungjawab.

Uncle ni penuh kasih sayang dan kasih sayang dia sangat besar. Dia sangat menghormati dan menjaga mak dia. Dia jaga, menghormati dan membahagiakan mama juga. Rasanya ni asbab kejayaan uncle dalam kehidupan dia.

Bercerita lebih lanjut, Kartini memberitahu bahawa suaminya tidak pernah berkira dengan anak-anak bahkan mel4yan kesemua anak-anak secara sama rata. Ujar Kartini lagi, suaminya merupakan tvlang belakang dalam melakukan bi$nes.

“Dulu sebelum mama ada bisnes sebenarnya uncle dah mula bisnes. Masa tu semua family mama dia bantu yang mana tak berkemampuan. Alhamdulillah. Mama bersyukur sangat sebab bukan senang nak cari seorang lelaki yang budiman menerima seorang ibu tunggal macam mama dan anak-anak dengan ikhlas.

Semakin hari semakin ramai yang tertanya siapakah identiti sebenar bapa tiri kepada Neelofa ini. Adakah beliau seorang ahli politik, usahawan dan sebagainya.

Menurut satu artikel yang ditulis sebuah blog hiburan tanah air, Dato’ Khan memiliki sebuah syarikat yang memfokuskan import dag1ng lembu segar dan halal dari Australia dan Kanada.

Sumber: Noor Kartini

Be the first to comment on "“Dia terima mama walau dah ada anak 5”- Datin Kartini Imbas Kisah Perkenalan Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*