“Alhamdulillah, welcome to the club..” – Kongsi Foto Pegang Perut & Sahabat Doa Selamat Bersalin, Mona Allen Hamil Anak Sulung?

Perkongsian terkini pelakon, Mona Allen di laman Instagram miliknya nyata mengundang rasa teruja di hati para peminat.

Menerusi posting tersebut, Mona dilihat menggenggam erat tangan suaminya yang juga merupakan pelakon popular, Pekin Ibrahim manakala tangan kirinya pula memegang perutnya.

Menurut Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, dia menzahirkan rasa syukur dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

 

 

 

“Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah syukur. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya ringkas.

 

Bagaimanapun, Mona difahamkan masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai kehamilannya itu.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram stories, seorang rakan kepada Mona dilihat ada menitipkan doa semoga Mona akan bersalin dengan selamat.

 

“Semoga segala urusan melahirkan nanti akan dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu baby keluar,” tulisnya di Instagram stories.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mona dan Pekin.

“Semoga dipermudahkan segalanya,” balas penyanyi, Kaka Azraff.

“Alhamdulillah sayangku. Syukur padamu Ya Allah,” komen pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad.

“Alhamdulillah, welcome to the club,” komen pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.

“Omg babe, Alhamdulillah,” komen pelakon, Dynas Mokhtar.

“Alhamdulillah syukur. Tahniah sis cantik. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk mommy dan baby,” balas pelakon, Iman Nasuha.

 

Sekadar informasi, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 7 Disember 2018.

Kredit Foto: Instagram Mona Allen

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, welcome to the club..” – Kongsi Foto Pegang Perut & Sahabat Doa Selamat Bersalin, Mona Allen Hamil Anak Sulung?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*