” Sampai hati awak.. ” – [VIDEO] Berpegangan Tangan Sambil Beriringan Berjalan, MK K-Clique Buat Peminat Patah Hati

Penyanyi rap kegilaan ramai MK K-Clique sekali lagi mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminatnya apabila tular sebuah video sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berwarna hitam dengan wanita terbabit.

Video tersebut seterusnya membuatkan ramai netizen patah hati dan tidak keruan kerana belum bersedia untuk menghadapi kebenaran pelakon drama The Hotel itu sudah berpunya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendakw4 wanita yang bernama Siti Hajar itu tersebut berasal dari Kuantan, Pahang dan pernah terlihat mereka keluar bersama sebelum ini.

Video:

“Ada yang patah. Bukan kayu tetapi hati (diikuti dengan emoji hati terbelah),” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan kapsyen.

Pada April lalu, MK pernah mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita dalam Instagram.

Video yang telah dikongsikan itu telah berjaya mendapat 1.9M tontonan, 159.7K tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat tidak ketinggalan untuk memberikan komen berupa patah hati dan terluka terhadap perkongsian video tersebut.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "” Sampai hati awak.. ” – [VIDEO] Berpegangan Tangan Sambil Beriringan Berjalan, MK K-Clique Buat Peminat Patah Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*