“Kepada Yang Menggelvpur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemal4ngan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada…

Pelakon, Azhan Rani berang selepas mended4hkan dirinya sekali lagi terlibat dalam kemal4ngan jalan raya selepas dilangg4r motosikal lain yang dipercayai ditunggang secara berbah4ya.

Menurut Azhan Rani, insiden berlaku di Batu Caves, Selangor, semalam.

Menurutnya, individu berkenaan seakan tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang ketika itu sedang sesak dengan kenderaan.

Rasa amarah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Nur itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Kepada yang menggelupur bijik orang pakai motor kau pun nak pakai motor meh aku nak bagitau. Tak kisah la berapa mahal pun motor kau, berapa ribu cc pun enjin kau, berapa nipis block kau dah korek, kau dah pasang sayap kapal terbang ke kat motor kau, aku nak bagitahu bawa motor jangan macam bervk.

“Kau nak layan speed ke corner ke bukan dekat jalan jam macam ni hanat. Kau cucuk-cucuk orang lepas tu kau cakap kau tak sempat break. Jadahnya. Kau laju-laju tengah jalan jam ni kau dah kenapa?,” tulisnya.

Katanya lagi, sikap seperti itu bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada orang tetapi diri sendiri juga.

Awal tahun ini, Azhan pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Templer, Rawang, Selangor sehingga mengakibatkan tulang belikat pecah manakala tulang bahu dan rusuknya pula retak.

Lantaran itu, Azhan mengingatkan para penunggang motosikal supaya menunggang secara berhemah lebih-lebih lagi ketika kadaan trafik sedang sesak.

“Orang nak pilih kau wakil Malaysia masuk grand prix ke? Takdenya set4n. Sudahnya kau rugi. Aku yang baru berapa hari tengok motor ni bernyawa balik pun rugi. Calar kat motor tu bukan isu dia.

“Kau dah tergolek dah masuk besi bagai seumur hidup kau akan tau azabnya. Tu pun nasib ada peluang hidup.

“Kepada beruk-beruk baru dapat motor tu tolong la ubah perangai ride korang. Ya kau la rider terpaling hebat tapi pergi la main kat litar. Bukan kat jalan jam ni. Cukup-cukuplah la aku jadi mangs4 bong0k orang lain,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Azhan.

Komen netizen:
  

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment on "“Kepada Yang Menggelvpur Bijik…,”- Lagi Sekali Kemal4ngan, ‘Makan Dalam’ Pesanan Azhan Rani Kepada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*