“Hilang rsa penat, syukur bila rsa dihargai” – Terima kejutan Dri Fattah Amin, Ini Luahan Fazura

Menerima kejutan berupa sejambak bunga daripada Fattah Amin, aktres terkenal tanah air, Nur Fazura, 38, meluahkan rasa senang dan terharu dengan pemberian suaminya itu sempena sambutan Hari Ibu semalam.

Luahan itu dizahirkan oleh Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram malam tadi dengan memuat naik sebuah video ringkas di platform media sosial tersebut.

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby. Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Selain itu, menerusi sekeping nota yang ditulis oleh Fattah kepada isterinya itu, tertera luahan pelakon drama Khilaf Asmara tersebut yang melayangkan ucapan terima kasih buat Fazura selama bergelar isteri dan juga ibu kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya.

“Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima. Terima kasih mommy selalu jaga saya, jaga Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindunganNya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Perkongsian Fazura itu telah meraih banyak tanda suka daripada peminat dan pengikut dengan rata-ratanya menyifatkan pasangan ini begitu manis dan bahagia sebagai suami isteri.

Tidak cuma itu, ramai juga memuji Fattah yang disifatkan pandai menghargai isterinya.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia setahun setengah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:utusan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hilang rsa penat, syukur bila rsa dihargai” – Terima kejutan Dri Fattah Amin, Ini Luahan Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*