“Degup j4ntung b4by terhenti,” – Usia kandungan 3 bulan, Elvina Mohamad alami kegvguran

KHABAR dvka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami kegugvran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung b4yi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Kami dapat tahu degupan jantung b4by telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

“Namun semalam, mula terasa sak1t dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sed1h kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.

Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah

DATIN ELVINA MOHAMAD

PELAKON

“Ketika awal tahu tentang degupan jantung b4yi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk h4mil tahun ini.

“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu kegugvran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.

Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Elvina bersama suami dan anak sulung mereka.

“Doktor maklumkan punca kegugvran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

“Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami,” ujarnya.

Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Degup j4ntung b4by terhenti,” – Usia kandungan 3 bulan, Elvina Mohamad alami kegvguran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*