Awal Ashaari Kongsi Cara Swab Test Di Luar Negara, “Dia Punya Terkejut Tu…”

Macam yang kita semua tahu, sudah menjadi satu kewajipan untuk melakukan swab test sekiranya ingin keluar negara. Ini sudah semestinya penting dan dapat mengelakkan diri daripada situasi yang tidak dijangka sebelum berlepas ke destinasi yang ingin dituju.

Baru-baru ini pula, pengacara terkenal Awal Ashaari ada berkongsikan satu momen lucu semasa dia dan keluarga menjalani swab test di luar negara. Ianya bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut berdekah melihat gaya unik swab test yang dilakukan di sana.

Di dalam video yang dikongsikan ini, Awal Ashaari dilihat sedang melakukan swab test yang dikendalikan oleh petugas perubatan itu. Untuk makluman, Awal dan keluarganya kini berada di Istanbul, Turki semasa dia melakukan swab test tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah petugas perubatan itu hanya menggunakan satu swab sahaja untuk mengambil sampel dari air liur dan juga dari dalam hidung. Malah Awal juga turut sama berasa terkejut sebaik sahaja melihat cuma satu swab sahaja yang digunakan.

swab test

Biasanya di Malaysia, mereka akan menggunakan sekurang-kurangnya dua swab untuk mengambil sampel dari mulut serta hidung dan bukannya sekaligus seperti ini. Lebih melucukan, Awal dan Scha Alyahya kemudiannya dilihat menahan ketawa mereka selepas selesai melakukan swab test itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen juga turut terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga mereka mengambil sampel dari mulut terlebih dahulu dan bukan sebaliknya berlaku.

“Saya terasa bau mulut saya sendiri.”

awal ashaari

“Dia punya terkejut tu…”

scha alyahya

“Nasib baik, kalau dia ambik hidung dulu haha.”

komen

“Ni nak jimat ke macam mana hahaha.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Awal Ashaari Kongsi Cara Swab Test Di Luar Negara, “Dia Punya Terkejut Tu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*