Ajai Kongsi Lagu Raya Nyanyian Semula Sanisah Huri, “Baru Feel Raya…”

Walaupun belum cukup seminggu umat Islam meraikan bulan Ramadhan, pastinya ramai yang telah mula melakukan persiapan menyambut hari raya nanti. Selain daripada persiapan hari raya, lagu raya juga antara yang selalu dinantikan pada setiap tahun.

Baru-baru ini pula, penyanyi dan komposer terkenal Ajai telah berkongsikan satu rakaman lagu raya yang cukup popular sewaktu Hari Raya Aidilfitri. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, Ajai berkongsikan rakaman lagu hari raya yang popular dinyanyikan oleh Sanisah Huri ini. Boleh dikatakan lagu berjudul Bersabarlah Sayang ini antara lagu wajib yang akan dipasang semasa hari raya.

Ajai turut memberitahu mereka telah merakamkan semula lagu tersebut bersama-sama penyanyi asalnya itu sekaligus membuatkan ramai teruja mendengarnya. Walaupun bertahun sudah berlalu, lagu tersebut masih lagi kekal lejen di hati peminat.

raya

Rakaman nyanyian semula ini juga turut membuatkan ramai yang mengimbau semula kenangan semasa menyambut hari raya pada zaman dahulu. Sehinggakan ada yang tidak dapat menahan rasa sedih dengan lagu raya yang cukup ikonik ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa teruja mendengarkan nyanyian semula dari Sanisah Huri ini. Dalam masa yang sama, netizen turut memuji keunikan lagu itu yang masih kekal ever green sehingga kini.

“Lagu raya zaman dulu-dulu memang menusuk jiwa.”

ajai

“Allahuakbar sedapnya lagu lama tetap legend menyentuh hati.”

sanisah huri

“Baru feel raya tu sampai. Lagu lama jugak terbaik.”

komen

“Sedap lagu ni dari kecil saya dengar.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Ajai Kongsi Lagu Raya Nyanyian Semula Sanisah Huri, “Baru Feel Raya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*