Kompilasi Pelbagai Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy, “Juara Hati Akim”

Penyanyi kecil molek berbakat besar ini memang tidak dapat dinafikan lagi, Stacy cukup terkenal dengan tarian dan vokalnya yang padu di atas pentas. Seorang penyanyi yang mana perjalanan kariernya bukanlah mudah, tapi dia berjaya meraih kejayaan hasil titik peluhnya sendiri.

Ini terbukti selepas kejayaan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan Stacy bersama suaminya, Akim Ahmad telah merangkul tempat kedua AJL36.

Untuk yang masih belum mengenali Stacy, dia antara penyanyi yang bila berada di atas pentas cukup lincah dengan lagu-lagu menarik. Ternyata, Stacy juga bermula dari bawah dan pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.

Berikut adalah video kompilasi pelbagai pertandingan nyanyian disertai Stacy yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun santauikattepi:

Perkongsian video kompilasi pelbagai pertandingan nyanyian disertai Stacy ini telah meraih lebih 148 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pernah dijuluki sebagai Agnes Mo Malaysia sebab style nyanyian diorang yang sama”

Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy 4

“Stacy dan Hazama banyak kali masuk AJL tapi satu anugerah pun tak pernah sangkut”

Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy 3

“Ratu Pop Malaysia ba ini. Tak dapat lawan setakat ni nafas Stacy..Power..Elica lah tapi need more experience lagi”

Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy 2

“Immortal Song Malaysia dia juara”

Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Kompilasi Pelbagai Pertandingan Nyanyian Disertai Stacy, “Juara Hati Akim”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*