Giliran Haji Pada Tahun 2062, Syarul Ridzuan Tak Tahu Sempat Pergi Atau Tidak – “Tak Tahu Waktu Itu…”

Ketika artikel ini ditulis, pelakon dan usahawan Saharul Ridzuan telah pun selamat sampai ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Menariknya, kepergiannya ke Mekah bersama isteri, Deena Emir seiring dengan kedatangan bulan Ramadan yang baru sahaja disambut oleh umat Islam di seluruh.

Menerusi temu bual bersama Gempak seminggu sebelum keberangkatannya ke kota suci tersebut, Saharul berkata, dia memang mengimpikan untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

“Bulan puasa ini, saya sambut kedatangan Ramadan di Mekah dan Madinah. Saya dan isteri berangkat pada 2 April dan kami akan berjumpa dengan abang Faizal Ismail di sana.

Saya dan isteri akan berada di sana sekitar dua minggu sahaja,” katanya. Mengikut perancangan asal, Syarul sebenarnya teringin untuk mengerjakan ibadah haji.

Namun, harapannya itu mungkin belum kesampaian memandangkan gilirannya masih jauh ke depan. “Pada asalnya, saya mahu kerjakan ibadah haji bersama isteri.

Tetapi giliran mengerjakan haji pula jatuh pada tahun 2062. Tak tahu waktu tu hidup lagi ke tak.

“Jadi, saya pasang niat nak buat umrah pada bulan puasa kerana ustaz saya pernah berkata yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ganjarannya seperti mengerjakan umrah dengan baginda Rasulullah.

“Alhamdulillah niat saya dimakbulkan dan semoga saya mendapat umrah yang mabrur dan ganjaran pahala seperti yang dikhabarkan insya-Allah,” katanya.

Ditanya, adakah dia tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja dan mendapatkan khidmat agensi swasta, Saharul berkata, dia ada terfikir untuk berbuat demikian.

Cuma belum tahu adakan permohonannya itu akan diterima atau tidak. “Bajet untuk pergi bersama isteri dengan agensi swasta ada, cuma kami masih perlu buat rayuan.

Tapi, mana tahu, kalau ada rezeki Tabung Haji akan luluskan,” ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, sekembalinya Saharul ke ibu kota, dia akan terus aktif berniaga sebelum menjelangnya hari raya.

Syarul mendirikan rumah tangga bersama Deena pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "Giliran Haji Pada Tahun 2062, Syarul Ridzuan Tak Tahu Sempat Pergi Atau Tidak – “Tak Tahu Waktu Itu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*