“Sekali pandang memang tak perasan tu dia” -Isteri Haqiem Rusli disangka Hanis Zalikha

Isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli yang dikenali dengan panggilan Anis Sofea dilihat tidak henti-henti menjadi perhatian warganet apabila selain gelagat sweet bersama Haqiem Rusli mendapat perhatian, kecantikannya juga tidak jemu dipuji oleh ramai.

IMG_20220201_213602

Apatah lagi, sejak awal Haqiem Rusli mendedahkan wajah isteri, Anis Sofea, 20, di majlis pernikahan dan persandingan mereka pada 19 November lalu, dirinya viral dengan menjadi perbualan hangat warganet.

Mana tidaknya, wajah cantik gadis pilihan hati Haqiem Rusli itu cukup disukai ramai peminat. Malah yang paling viral, Anis Sofea dikatakan begitu iras dengan pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha.

Selain tingginya, rupa paras Anis Sofea dipuji sememangnya begitu iras dengan Hanis Zalikha sehinggakan menerusi akaun TikTok atas nama, tophijab membuatkan isteri Haqiem Rusli itu sekali kali mencuri tumpuan umum lalu disangkakan Hanis Zalikha.

Hanis

Melalui rakaman pendek yang dimuat naik ini menunjukkan isteri Haqiem Rusli sedang mengayakan tudung dan disamping itu ada yang meninggalkan komen mengenai dia yang seiras Hanis Zalikha.

Anis Sofea bagaimanapun di perkongsian tersebut ditinggalkan bermacam-macam kata pujian apabila kecantikannya itu menarik tumpuan buat warga TikTok.

“Saya ingat Hanis Zalikha”

Hanis

“Cantik sungguh macam Hanis Zalikha”

IMG_20220224_112559IMG_20220224_112614

“Muka dia memang sama…”

HanisIMG_20220224_112659

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Sekali pandang memang tak perasan tu dia” -Isteri Haqiem Rusli disangka Hanis Zalikha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*