“Dakwa Wujud Fakta Tak Betul” -Ini Reaksi Ali Puteh Selepas Keputusan Kes S4man Terhadap Kakak Ipar

BARU saja menarik nafas lega setelah menang kes s4man fitn4h, b4lu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpaksa kembali ke mahkamah sedikit masa lagi.

Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.

Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.

WhatsApp Image 2022-02-18 at 1.26.25 PM

Hidayah menang kes saman terhadap Ali Puteh.

“Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan yang berpihak kepada Nor Hidayah dan memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitn4h terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan

ALI PUTEH

PELAWAK

Sementara itu ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada.

“Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti.

“Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk… saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.

WhatsApp Image 2022-02-18 at 1.28.17 PM

Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kec4man netizen selepas kalah dalam kes s4man fitn4h ini, Ali Puteh berkata dia sudah menjangkakannya.

“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kec4m), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.

“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Dakwa Wujud Fakta Tak Betul” -Ini Reaksi Ali Puteh Selepas Keputusan Kes S4man Terhadap Kakak Ipar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*