“Korang Tengok Abang Senyum Sana Ketawa Sini, But Korang Tak Nampak Bila Hati Men4ngis Kes4kitan,” – Aaron Aziz

Aktor popular, Aaron Aziz mendedahkan dia kini telah mendapat nasihat pihak doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia seni dan harus segera menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian lehernya.

Bagaimanapun, Aaron memaklumkan dia terpaksa menunda dahulu prosedur tersebut memandang dia kini mempunyai pelbagai komitmen melibat hal kerja.

“90 minutes dalam benda ni. Doctor said I need svrgery and need to be on medical leave for two month.

“Tapi tak boleh sebab banyak on going project sekarang ni. So for now I’m just using the drvgs to k1ll the p4in,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia kini harus bergantung dengan ubat-ubatan bagi mengurangkan kes4kitan.

“Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doc said the tumor is bigger,” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa ris4u selain turut mendoakan semoga Aaron dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Proud of you Datuk. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera pada Datuk. Amin Ya Rabbal Alamin.

“Ya Allah, hilangkanlah kesakitan dan berikan kesembuhan kepada Aaron Aziz.

“Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Allahu, comeback stronger bang. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Aaron mendedahkan dirinya kini sedang mengalami kes4kitan di bahagian saraf.

Malah, dia juga terpaksa menggunakan pelindung leher bagi mengurangkan rasa s4kit.

Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment on "“Korang Tengok Abang Senyum Sana Ketawa Sini, But Korang Tak Nampak Bila Hati Men4ngis Kes4kitan,” – Aaron Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*