Ally Iskandar Kahwin Tapi Berahsia? Tak Sangka Ini Komen Bekas Isteri

Pengacara dan personaliti TV, Ally Iskandar menamatkan zaman duda apabila bergelar suami kepada wanita bernama Marlina Ibrahim dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Menerusi foto yang tersebar di media sosial, pengacara Malaysia Hari Ini itu melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis di Temerloh, Pahang.

Ally, atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi,43, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 22.50 dan senaskah al-quran kepada wanita itu.

Sebelum ini, Ally pernah mendirikan rumahtangga dengan selebriti media sosial Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012 namun bercer4i pada 17 Ogos 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maream Esaabel yang kini berusia lima tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Dalam pada itu, laman sosial bekas isterinya Farah Lee, mula dibanjiri persoalan berkaitan perkahwinan Ally. Farah yang menjawab soalan netizen menjelaskan dia sudah mengetahui perkara itu sejak awal lagi.

“Sudah tentu saya tahu perkara ini lebih awal,” tulisnya.

Farah juga berkata dia tumpang gembira dengan perkara itu dan menganggap berita gembira itu tidak membuatkan dirinya sedih.

“Saya tidak perlu untuk tabah, dia bukan milik saya dan lansung tidak berada di dalam hati ini.

“Saya tumpang gembira di atas perkahwinan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, sehari selepas majlis pernikahannya, pengacara berusia 43 tahun itu dilihat turut bersama ahli keluarga lain menghantar bekas isteri dan anaknya pulang ke United Kingdom (UK).

Menerusi hantaran di laman Instagram Farah Lee, wanita itu memaklumkan, Ally dan isteri baharunya turut menghantar mereka pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pengantin baharu hantar #ommaream balik UK. Kali pertama Maream jumpa ibu, tetapi kalut hingga terlupa ambil gambar berempat,” tulis Farah yang turut dikenali dengan panggilan Omma.

Biarpun tiada lagi ikatan, hubungan kedua-duanya terus baik, malah Farah Lee mengakui, lega apabila bekas suaminya kembali bertemu jodoh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : viralmy

Be the first to comment on "Ally Iskandar Kahwin Tapi Berahsia? Tak Sangka Ini Komen Bekas Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*