[VIDEO] Orang Korea teka umur Ummi Nazeera 14 & 16 tahun, “Terkejut depa…”

Pelakon, Ummi Nazeera bukanlah selebriti wanita yang asing lagi buat ramai peminat drama tempatan. Lakonannya juga antara yang diminati oleh penonton sehinggakan dia mempunyai ramai peminat dan penyokong.

IMG_20220211_121403

Walau bagaimanapun, nama pelakon, Ummi Nazeera ini nampaknya hangat mendapat perhatian di ruangan, aplikasi TikTok apabila satu rakaman video memaparkan dirinya.

Ini kerana, Ummi Nazeera menjadi topik perbualan buat orang Korea untuk review tentang dia. Namun begitu, apa yang menariknya orang Korea terbabit meneka usia Ummi Nazeera dalam lingkungan 14 sehingga 16 tahun.

IMG_20220211_120719

Dalam pada masa yang sama, beberapa individu daripada Korea itu begitu kagum dengan penjagaan kulit pelakon Malaysia ini sehinggakan video terbabit meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Beberapa individu dalam video ini bagaimanapun turut terkejut mendengarkan usia sebenar Ummi Nazeera yang kini bahagia bersama dua cahaya matanya.

Turut mengejutkan warganet dengan perkongsian itu, ramai yang juga tidak menyangka video tersebut rupanya dikongsikan oleh pelakon jelita itu sendiri menerusi akaun atas nama, umminazeera.

“Ummi Nazeera memang cantik, berpendidikan dan elegant”

Ummi

“Serius terkejut Ummi Nazeera 33 tahun, ingatkan 27 28 je…”

Ummi

“Belum review abang Ummi Nazeera. Rasanya mau jadi idol kat Korea nanti…”

IMG_20220211_120927

“Comel je komen diorang”

IMG_20220211_120942Ummi

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Orang Korea teka umur Ummi Nazeera 14 & 16 tahun, “Terkejut depa…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*