“Dah Cuba Macam Macam Cara Tapi Tak Berjaya” Rody KristaI Akhirnya Nek4d, lstri Pula Luah Rasa

Bila kena ‘lighting’ memang jelas nampak.. makin hari makin kurang..”

Demikian status dimuatnaik oleh pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody, yang akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik.

Menurut Rody atau Mohd Rodi Baharudin, dia nekad melakukan proses tersebut selepas berdepan msaIah rambut yang truk sejak beberapa tahun lalu.

Tambah Rody, beliau sudah mencuba pelbagai produk melebatkan rambut, namun tidak memberikan apa-apa kesan.

” Pengorbanan.. Sebenarnya dah lama aku ade masalah rambut.. kalau perasan rambut aku belah atas habis dah.. kena lighting mmg jelas nampak.. makin hari makin kurang..

” Cuma ditutupi dengan rambut panjang aku jer.. sampailah aku gi klinik rambut.. Dr Shah Hair Clinic ..

” Atas nasihat doktor kalau dibiarkan mungkin akan makin teruk.. lebih baik tanam rambut.. Insyaallah.. Dengan izin Allah,rambut akan kembali lebat.

Dalam pada itu, Rody berkata beliau perlu membotakkan kepalanya bagi menjalani rawatan menanam rambut.

” Kali terakhir saya botak masa pergi tunaikan umrah sekitar 2017. Lama juga saya simpan rambut ini, memang sayang bila nak botakkan kepala.

” Tapi sebab ada masalah rambut, saya terpaksa berkorban botakkan kepala. Ikutkan dah macam-macam produk cuba, tapi tak berjaya.

” Makin lama, makin berkurangan rambut saya di bahagian depan. Itu yang saya nekad untuk buat rawatan tanam rambut,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Rody berkongsi foto memperlihatkan dirinya membuat rawatan tanam rambut di Instagram miliknya.

Berkongsi mengenai kesan sampingan, Rody memberitahu mukanya kini mengalami bengkak akibat ubat bius yang digunakan untuk proses itu.

Biarpun alami sedikit luka di kepalanya, namun Rody menganggap ia satu pengorbanan untuk rambutnya kelihatan cantik.

” Buat masa ini, muka saya jadi bengkak… mungkin akan bengkak selama tiga hari. Anak-anak panggil saya ‘monster’ sebab muka bengkak.

” Tak ada kesan sampingan yang teruk cuma ada luka sikit-sikit saja. Insya-Allah lagi beberapa hari okay la. orang cakap ‘beauty is pain’ kan.

” Saya memang lebih suka rambut panjang. Biarlah botak kejap daripada rambut panjang tapi bahagian depan botak,” ujarnya.

Untuk info, Rody merupakan suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Niena Azman. Hasil perkahwinan mereka pada 2018 mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Isteri tak kisah Rody macam mana

Sementara itu, isteri Rody, Niena Azman yang juga merupakan pengaja gol futsal kebangsaan turut berkongsi gambar keadaan suaminya itu selepas menjalani rawatan.

Menerusi satu entri di Instagram, Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman mengakui beliau suka lelaki berambut panjang namun tetap menerima apa jua fizikal suaminya.

” Niena suka lelaki rambut panjang! Tapi when comes to u, I’m in love with u in everything.

” Tak kisah u rambut panjang, muka bengkak.. pendek..eh, but truly and madly in love with u Rody.

” 5 tahun dulu sewaktu kita bertemu, kamu sudah memotong rambut untuk ibadah.. now u korban rambut rock u for rawatan..

” Harap kamu kuat spanjang proses pemulihan.. kesian jugak tengok u tak boleh nak gerak and bercakap sangat.. beauty is pain, moga lepas ni rambut u tumbuh dengan helok!

” Nak panjang amek masa bertahun, rasa-rasa 2-3 tahun jugak.. bertabah la Encik Suami” tulis Niena.

Rody dan Niena bergelar suami isteri pada 28 April 2018, dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Sebelum ini, Niena memberitahu dia terbuka hati menerima Rody kerana gitaris itu bukan seorang lelaki yang suka ‘mengayat’.

Katanya, Rody adalah lelaki pertama yang benar-benar berani untuk melamarnya berbanding lelaki lain yang hanya manis mulut.

Rody sebelum ini melamar Niena menerusi Instagram dan mencabar Niena mengulang siar (repost) status mesejnya itu jika dia sudi menjadi isterinya.

Bergelar penjaga gol futsal kebangsaan, Niena telah menyertai pelbagai perlawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Paling manis apabila beliau pernah diiktiraf penjaga gol terbaik pada kejohanan bola sepak wanita kebangsaan dan liga futsal IPT.

Niena juga pernah bermain untuk pasukan Johor, PDRM, Kelab Putra Ria, Pahang dan Felda United sepanjang karier sebagai penjaga gol futsal.

Sementara itu Rody pula bergiat aktif dalam seni hiburan sejak tahun 2000 di mana kumpulan Kristal ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody sendiri.

Beberapa ahli keluarga Rody turut terlibat dalam industri seni di mana adik Rody, Acap, merupakan pemain dram kumpulan Kristal, namakala adik perempuan Rody, Syuhada berkahwin dengan penyanyi, Ewal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:m star / muzikJaIanan

Be the first to comment on "“Dah Cuba Macam Macam Cara Tapi Tak Berjaya” Rody KristaI Akhirnya Nek4d, lstri Pula Luah Rasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*