Selepas Seminggu Jatvh Motosikal, Dayah Zubit Selamat Bersalin Anak Sulung

Bek4s pengasuh anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nurhidah Zubit atau lebih dikenali dengan Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam

Pengasuh Siti Aafiyah itu selamat bersalin tepat jam 2.41 pagi semalam selepas seminggu mengalami keced3raan jatvh dari motosikal.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah dan rezeki yang kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah.

“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi(semalam),” katanya.

Dayah melahirkan rasa syukur itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

Sebelum ini Dayah mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki ketika sedang sarat hamil.

Dalam entri yang sama dia turut memuat naik fotonya di atas katil hospital bersama suaminya di sisi.

Selain itu, Dayah turut memngucapkan terima kasih kepada suaminya yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.

“Terima kasih my love for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pula yaa.

“Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” ucapnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MT11 🐝 (@dayahzubit)

Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak nak sulung penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu bayi lagi dan menamatkan tugasnya selepas berkahwin.Wanita berusia 26 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Dayah dan pasangan.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Selepas Seminggu Jatvh Motosikal, Dayah Zubit Selamat Bersalin Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*