Muka cengkung sejak h4mil, Mira Filzah dihujani komen neg4tif

Tubuh badan kelihatan lebih kurus dan wajah cengkung pun dikec4m.

Situasi tersebut dialami oleh aktres terkenal, Mira Filzah yang mengakui dihujani komen neg4tif daripada netizen mengenai perubahan fizikalnya sejak disahkan berbadan dua enam bulan lalu.

“Soalan tentang hal ini sangat banyak. Saya juga menerima banyak komen neg4tif disebabkan bentuk wajah yang cengkung.

“Banyak juga saya terima komen sebegitu sejak beberapa bulan lalu. Sesetengah orang juga agak kas4r,” kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

Tambah pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman lagi, perubahan bentuk fizikalnya yang kelihatan kurus berbanding sebelum ini bukan disebabkan alah4n ataupun ‘morning sickness’.

“Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang alah4n mahupun ‘morning sickness’ dan kurus ini berlaku dengan sendiri.

“Hendak kata makan dalam kuantiti sedikit rasanya saya nikmati macam-macam makanan.

“Saya juga tidak kawal langsung tetapi mungkin disebabkan perubahan badan,” jawabnya.

Mira memberi jawapan tersebut terhadap soalan netizen dalam satu sesi soal jawab Instagramnya.

Dalam perkongsian lain, aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu kehamilan turut membuatkan dirinya kurang gemar untuk beraksi di hadapan kamera.

Malah, dia juga memaklumkan Instagram merupakan platform untuk mencari rezeki dan akan mengurangkan hantaran berkaitan peribadi dan keluarga.

“Ya, saya kurang suka bergambar sejak beberapa bulan lalu. Setiap kali hendak senyum, rasa sangat janggal.

“Instagram merupakan ruangan saya bekerja dan akan mengurangkan perkongsian peribadi serta keluarga,” balas kepada soalan netizen.

Terdahulu, suaminya, Wan Emir Astar mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan  isterinya kini sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir selamat diijabkabulkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putaraja.

Untuk rekod, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mendirikan rumah tangga dengan Emir, 32, pada 3 September 2020. 

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Muka cengkung sejak h4mil, Mira Filzah dihujani komen neg4tif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*