Classy & Mewah, Dress Hampir RM5 Ribu Jenama Balmain Dipakai Anak Fazura Curi Tumpuan

Wow, bergayanya Fatima! Sering menjadi tumpuan lensa kamera kerana statusnya sebagai anak selebriti, puteri kesayangan Fattah Amin dan Nur Fazura ini sekali lagi menarik perhatian peminat. Kali ini ketika majlis jemputan eksklusif An Evening with Fazura & Besties di Mandarin Oriental yang berlangsung pada 22 Januari lepas.

Sebaik pintu dewan dibuka, kelibat Nur Fatima Aisya yang didukung bapa tersayang di samping ibunya berjaya menambat pandangan tetamu yang hadir. Lebih menarik, kemunculan Fatima pada malam itu kelihatan cukup memikat dan comel dengan dress rona sedondon dengan Fattah dan Fazura, selain lengkap dengan aksesori skaf reben hitam.

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Istimewanya, gaun hitam yang dipakai Fatima bukan sebarangan. Daripada penelitian Nona, ia merupakan pakaian kanak-kanak berjenama mewah antarabangsa, Balmain! Bukan calang-calang, Balmain ialah label fesyen mewah dunia yang menjadi kegemaran para selebriti kaya dan terkenal.

Berdasarkan laman beli-belah online Farfetch, Balmain Kids Logo-Print Ruffle Mini Dress tersebut berharga USD1,061 atau kira-kira RM4,457!

Mini Dress Balmain
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Yang pasti, keluarga selebriti popular ini memang tidak pernah kalah dalam berfesyen. Kalau Fatima mengenakan mini dress Balmain, Fattah pula segak dengan kemeja hitam jenama Fendi. Begitu juga Fazura yang anggun dalam persalinan elegan ilham pereka fesyen terkemuka, Benchellal dan pernah digayakan aktres Sharon Stone!

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Majlis makan malam gala #MilikSemua itu julung kali diadakan selepas pandemik dengan mengumpulkan semua tulang belakang Fazura termasuk ahli keluarga tercinta. Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin mula menceburi dunia perniagaan dan kecintaan terhadap fesyen menerusi jenama House of Doll yang kemudian menukar jenama tersebut kepada Fazbulous.

Menerusi Fazbulous, Fazura turut menghasilkan beberapa rangkaian produk menarik termasuklah Tudung Fazura, Fazura Skincare dan Fazura Beauty.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Classy & Mewah, Dress Hampir RM5 Ribu Jenama Balmain Dipakai Anak Fazura Curi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*