Pertama kali dapat job pra-konvo… siswa cum jurugambar sambilan rasa rendah diri, apa jadi sampai nak sorok kamera ketika photoshoot!

MUSIM graduasi boleh dianggap sebagai ‘lubvk’ untuk golongan jurugambar mencari pendapatan tambahan.

Begitu juga kisahnya dengan pelajar Universiti Malaya (UM) ini yang baru pertama kali menawarkan khidmat photoshoot pra-konvokesyen, baru-baru ini.

Bercerita kepada mStar, Johari Karim, 24, mengakui dia masih kurang yakin, tambahan pula dia hanya menggunakan kamera biasa-biasa sahaja.

Namun jelas anak kelahiran Beaufort, Sabah itu, dia cuba sedaya upaya memberikan hasil terbaik demi kepuasan pelanggannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kiranya ini kali pertama dapat job photoshoot konvo. Model kamera saya pun biasa saja. Jadi bila pergi ke tempat photoshoot, saya rasa segan tengok orang lain guna kamera yang power.

“Saya macam nak sorok kamera sendiri sebab malu. Saya rasa kurang yakin, rasa rendah diri. Tambahan pula, saya ni level basic lagi.

“Saya juga berhadapan cabaran dari segi masa. Saya jangka setiap photoshoot dalam dua jam saja. Tapi saya jadi terl4mpau asyik hingga drag masa lebih dua jam,” ujarnya.

joe 2

Joe merupakan pelajar bidang Bahasa Melayu Profesional.

Biarpun rasa kurang yakin masih membelenggu diri, dia yang mesra disapa Joe tetap berkongsi video disebalik tabir proses photoshoot serta hasil bidikan lensanya.

Siapa sangka, hasil yang dianggap biasa-biasa oleh empunya badan menerima pujian daripada warga maya selepas ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Selepas video viral, ada juga orang nak booking khidmat saya.

JOE

Jelas Joe, dia terharu dengan komen positif netizen, sekaligus memberi sunt1kan semangat untuk terus menghasilkan karya terbaik buat setiap pelanggan.

“Saya selalu tengok jurugambar lain kongsi video behind the scene dan hasil photoshoot mereka. Jadi saya pun kongsikan juga video sendiri menerusi TikTok.

“Awalnya, tak ada orang tengok pun video itu. Saya pun ny4ris nak padam semula. Tapi tiba-tiba ia viral. Saya terharu dapat komen positif netizen.

joe 3

Antara pelajar yang mendapatkan khidmat fotografi Joe.

“Selepas video viral, ada juga orang nak booking khidmat saya. Memang tak sangka dengan rezeki ini. Setakat ini saya ada empat client. Untuk sesi konvokesyen tahun depan pun dah ada orang bertanya,” ujarnya lagi.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tawaran photoshoot juga dianggap sebagai platform untuk dia mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos pengajian.

Menurut pelajar bidang Bahasa Melayu Profesional itu, dia kini sedang menjalani latihan industri dan dijangka bergraduasi pada November tahun depan.

“Kita pun jauh dari keluarga. Hanya bergantung kepada biasiswa. Duduk pula di ibu kota. Jadi memang perlu cari pendapatan sampingan.

joe 4

Hasil karya Joe yang dikongsi di media sosial.

“InsyaAllah saya akan teruskan khdimat ini bagi sesi konvo akan datang. Buat masa ini, saya hanya ambil upah RM50 sejam bagi setiap kepala dalam satu sesi photoshoot,” ujarnya lagi.

Selain fotografi, Joe juga meminati bidang videografi dan banyak berkongsi hasil karyanya di Instagram dan TikTok.

Untuk rekod, Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-60 bermula pada 20 hingga 27 November 2021.

Acara kali ini merupakan istiadat yang tertangguh tahun lepas akib4t pandemik Cov1d-19 dan diadakan khusus kepada lebih 6,000 graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2020.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Pertama kali dapat job pra-konvo… siswa cum jurugambar sambilan rasa rendah diri, apa jadi sampai nak sorok kamera ketika photoshoot!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*