“Kalau Tiada, Baik Korang Fikirkan…,”-Harus Beli Rumah Sendiri Sebelum 28 Tahun, Ini Nasihat Michael Ang Kepada Anak Muda

Pengarah dan penerbit, Michael Ang menitipkan nasihat buat para anak muda di negara ini untuk bijak merancang mengenai kehidupan dan masa hadapan mereka.

Menurut sudut pandang Michael, seseorang itu seharusnya sudah pun mempunyai sebuah rumah sendiri selewat-lewatnya pada usia 28 tahun.

Disamping itu juga, Michael turut merasakan para anak muda harus bijak membuat simpanan dan mempunyai kenderaan sendiri.

“Nasihat kepada anak-anak muda Malaysia, please plan for your life. Before 28 tahun mesti rumah. Tak kisahlah kalau flat je pun (aku pun duduk flat je).

“Sedikit wang saving dan kenderaan sendiri (kereta atau motosikal okay je). Berhutang tu make sure boleh bayar balik monthly,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Tik4m itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam pada itu, Michael turut menambah, sekiranya pada usia tersebut para anak muda ini masih lagi tidak memiliki aset-aset tersebut, mereka seharusnya memikirkan kembali tujuan asal kehidupan mereka.

Katanya lagi, para anak muda ini juga seharusnya bijak untuk membezakan diantara keperluan dan kehendak.

“Kalau yang baca dan dah lebih 28 tahun dan tiada seperti yang di atas, baik korang fikirkan hidup korang. And do something about it.

“Tak payahlah habiskan duit beli benda untuk tunjuk dekat orang yang kau ada kelas dan mampu,” ujarnya lagi.

Jelas Michael lagi, teguran tersebut atas dasar perihatin untuk peringatan bersama.

“Kepada anak-anak muda yang hari-hati kat social media post pakai Christian Dior, Louie Vuitton, Gucci, Iphone13 max pro, bawak BMW or imported cars dan big bikes TAPI masih duduk dengan mak bapak dan kena tanggung atau pun sewa bilik aje sebenarnya! Sedar la ya!

“IKEA tengah sales tu. Sila pergi beli cermin! Nasihat aje bukan mengata ya!,” kongsinya lagi.

Sehingga kini posting berkenaan telah pun meraih lebih 53,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

Rata-rata netizen dan rakan artis turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Michael selain turut berharap agar teguran tersebut dapat memberi kesedaran kepada banyak pihak terutamanya anak muda.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Kalau Tiada, Baik Korang Fikirkan…,”-Harus Beli Rumah Sendiri Sebelum 28 Tahun, Ini Nasihat Michael Ang Kepada Anak Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*