[VIDEO]”Semua Layak Bahagia…”- Gadis Bertubuh Besar Syukur Dapat Jodoh Yang Tak Pandang Fizikal

“Orang yang cantik mudah dapat jodoh ” 

“Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan “

“Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab”

“Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia ” 

“Orang yang cantik ramai peminat dan kawan” 

“Orang yang cantik disayangi ramai dan popular”

 

Itulah ayat-ayat yang biasa dimomokkan sejak kecil ,kalau nak jodoh yang tampan bergaya,perempuan haruslah jadi cantik.

Namun,kalau dah cinta, soal rupa atau fizikal ditolak tepi kerana semua itu bukan jaminan untuk bahagia. Sebaliknya, setiap pasangan hanya perlu setia dan memahami tanggungjawab dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati.Justeru ungkapan cinta tak mengenal rupa sangat sesuai untuk menggambarkan pasangan yang cukup istimewa ini. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan yang ada diaanggap satu keistimewaan.

Bagi seorang gadis Robiatul Adawiah Jamilrullah, dia pasti bersyukur apabila dikurniakan bakal suami yang menerima kekurangan dan kelebihan diri tanpa memandang saiz fizikalnya.

Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, Robiatul Adawiah atau mesra dipanggil Rubiy berkongsi video memaparkan majlis pertunangannya dengan bakal suami dikenali sebagai Shahrul dipercayai di Kuala Lipis, dua minggu lalu.

“Alhamdulillah, one step closer. Semoga jodoh ini sampai ke syurga,” tulis gadis berusia 23 tahun itu di ruangan kapsyen.

Sedondon mengenakan busana berwarna putih, Rubiy dilihat teruja mengabdikan gambar kenangan bersama insan tersayang di atas pelamin sebelum melangkah ke fasa seterusnya menuju hari bahagia.

Malah, dia juga berkongsi beberapa posting majlis tersebut di laman Instagram untuk tatapan rakan terdekat dan pengikutnya sekali gus menerima ucapan tahniah.

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih hampir 890,000 tontonan itu menerima ribuan komen netizen yang tumpang gembira melihat pasangan berkenaan selamat mengikat tali pertunangan.

Rata-rata memuji keikhlasan Shahrul dalam memilih gadis tersebut sebagai jodohnya selain mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.viralmy.me/

Be the first to comment on "[VIDEO]”Semua Layak Bahagia…”- Gadis Bertubuh Besar Syukur Dapat Jodoh Yang Tak Pandang Fizikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*