“Tak Mudah Untuk Anak Tervna Terima Saya, Tak Tahu Boleh Bagi Zur1at Lagi Atau Tidak”

Kini bergelar isteri kepada pengurus sendiri, pelakon Jasmin Hamid berkata dia seolah masih bermimpi apatah lagi tidak pernah mempunyai perasaan istimewa terhadap jejaka itu.

Hampir lapan tahun bergelar pembantu peribadinya, Jasmin berkata semuanya bermula apabila suaminya, Nazmir Abd Rahim, 35 tahun, yang mahu menjaganya lebih daripada seorang pengurus.

“Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta lepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA, dia tahu baik dan burvk saya.

“Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau sebab kita awalnya macam adik dan kakak.

“Its not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya,” katanya.

Hanya meminta sepersalinan alat solat sebagai hantaran, Jasmin berkata dia tidak mahu membebankan suami sebaliknya mahu memudahkan segala urusan.

“Orang kata ukur baju di badan sendiri, say tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya memang susah la untuk dia.

“Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datagn daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmin meluahkan rasa syukur anak-anaknya dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga namun akui bukan mudah kerana tidak pasti sama ada dia boleh berikan zur1at lagi atau tidak.

“Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku, lepas tu tanya betul ke ni?

“Its not easy untuk anak teruma terima saya, yang tak tahu sama ada boleh berikan zvriat lagi atau tidak,” katanya.

 

Sumber: ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Mudah Untuk Anak Tervna Terima Saya, Tak Tahu Boleh Bagi Zur1at Lagi Atau Tidak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*