Tahun Pertama Raya Sebagai Bapa, Tajul Seronok Biarpun Tak Dapat Balik Kampung

WALAUPUN tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu bapa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan Aidilfitri tahun ini istimewa buat penyanyi Tajul Ariff dengan kehadiran anak sulungnya, Adriana Carissa yang kini berusia enam bulan.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 22, berkata, biarpun sedih tidak pulang ke kampungnya di Seremban, Negeri Sembilan, namun memahami ia demi kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan negara.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini memang istimewa bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya sambut raya dengan anak.

“Cuma agak sedih sebab tak dapat balik kampung disebabkan PKP. Tapi takpa… demi kebaikan diri sendiri dan negara,” katanya kepada mStar.

Tajul bersama isteri dan anaknya, Nurul Shamieza Eddie dan Adriana Carissa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu ini bersyukur masih dapat meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga terdekat yang berada di Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang pengalaman menjadi seorang bapa, Tajul menjelaskan menjaga Carissa bukan suatu perkara yang sukar kerana anak perempuannya itu tidak terlalu banyak ragam.

“Alhamdulillah saya masih dapat beraya dengan ahli keluarga yang berada di Kuala Lumpur. Saya masih dapat menyambut raya bersama kakak, keluarga mentua dan juga saudara mara yang tinggal berdekatan.

Tak susah jaga Carissa kebab tak banyak ragam.

TAJUL

PENYANYI

“Tak susah pun jaga Carissa sebab dia tak banyak ragam. Cuma waktu malam saja dia akan mula menangis minta susu,” ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tajul mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.

 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Tahun Pertama Raya Sebagai Bapa, Tajul Seronok Biarpun Tak Dapat Balik Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*