Tokti Terjebak Buat Cabaran ‘Wipe It Down’, Aafiyah Pun Ada. Versi Comel!

Tidak disangka-sangka, cabaran Wipe It Down yang bukan saja dilakukan oleh netizen namun selebriti-selebriti tanah air juga sporting untuk menyahutnya.

Selepas melihat Sweet Qismina, Adam Lee, Janna Nick, Aeril Zafrel dan ramai lagi dalam melakukan cabaran ini dengan menggunakan kreativiti mereka dan ternyata penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza juga terjebak untuk menghasilkan video mengikuti cabaran itu.

Seperti biasa, cabaran ini memerlukan seseorang itu mengelap cermin dan individu tersebut akan menunjukkan pula penampilan berbeza.

Jika Sweet Qismina membuatnya dengan pasangan dan Janna Nick pula menyahut cabaran Wipe It Down dengan melakukan versi seorang racer manakala penyanyi popular ini yang turut mesra dengan pangilan TokTi ini tidak kurang hebatnya!

Dikatakan versi paling comel, Tokti melakukan cabaran itu bersama puteri sulungnya yang juga terkenal dengan telatah comel, Siti Aafiyah.

Tokti yang turut berkongsikan video tersebut di laman Instagram peribadinya dalam masa sekejap menjadi perhatian peminat dan warganet malah rakan selebriti juga memuji kecomelan Tokti dan anaknya ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aafiyah dengan ibu buat #wipeitdownchallenge jugak! boleh la yek 🤣😅

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Perkongsian video itu lalu menerima lebih seribu komen dan 63,000 likes yang ternyata sangat suka dengan versi Wipe It Down Tokti bersama Aafiyah dimana ianya juga telah meraih lebih 350,000 tontonan.

Versi comel Wipe It Down Tokti bersama Aafiyah

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Tokti Terjebak Buat Cabaran ‘Wipe It Down’, Aafiyah Pun Ada. Versi Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*