Anzalna Nasir Bangga Apa Yang Suaminya Lakukan Buat Ustaz Firdaus Wong

Banyak cara sebenarnya untuk kita bersedekah dan melakukan amal jariah. Mungkin bukan dengan wang ringgit, tapi tenaga dan juga pertolongan yang mudah.

Itulah yang dilakukan oleh Hanif Zaki, suami kepada pelakon jelita Anzalna Nasir yang menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja untuk membantu.

Dalam satu entri di Instagram milik Anzalna, dia berkongsi perkara baik tersebut.

“Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi janganlah takut untuk bersedekah dan berjariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.

“Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan,” tulis Anzalna.

Menurut video yang dikongsi, Hanif dengan kerjasama Mitsubishi cawangan Ampang meminjamkan kenderaan 4WD Triton untuk kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf dan B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.

Pada entri di Instagram Ustaz Firdaus Wong, dia juga mengucapkan terima kasih kepada Hanif atas usaha mereka itu.

“Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.

“Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini,” tulis Ustaz Firdaus.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP. . Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini. . MAYBANK Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor 5648 1052 0353 . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #covid19malaysia #mrmcovid19 #malakatmall #ppim @mitsubishi.eam.ampang

Siaran dikongsi oleh Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) pada

Anda juga boleh menyumbang untuk membantu dengan menghantarkan wang bantuan kepada MAYBANK, Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor pada akaun nombor 5648 1052 0353

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Anzalna Nasir Bangga Apa Yang Suaminya Lakukan Buat Ustaz Firdaus Wong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*