‘ Abam tak mahu ambil bayaran lepas dia bantu saya. ‘ Hamidah terhutang budi.

“KERANA dia, rezeki saya melimpah ruah. Atas nasihat dia juga, saya kini memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan perniagaan untuk anak-anak yatim,” kata seorang stokis peralatan sauna, Hamidah Husin, 55, mengenai pengalamannya bersama pelawak popular, Abam Bocey yang meningg4l dunia Isnin lalu.

Hamidah berkata, dia menghubungi Abam tahun lalu bagi menawarkan produk jualannya untuk digunakan.

“Niat saya sebenarnya nak bantu dia dari segi kesihatan. Bukan nak mengharapkan dia drastik menjadi kurus atau sebagainya.

“Saya juga tiada pengalaman berurusan dengan artis dan hanya mencuba nasib dengan DM kepada Abam di Instagram.

“Saya amat terkejut apabila dia menjawab mesej saya dengan santai tanpa menunjukkan sikap s0mbong walaupun dia sangat popular,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hamidah, selepas berbincang, dia menghantar sendiri peralatan itu kepada Abam di rumahnya di Gombak.

“Memandangkan rumah Abam jauh ke dalam, dia jemput saya di tepi jalan besar dan saya berasa amat terharu.

“Sebaik peralatan itu sampai ke tangannya, Abam terus membukanya dan meminta pembantu peribadinya merakam video tanpa disuruh oleh saya.

“Saya nak bagi untuk kesihatan dia tanpa minta dia membuat ulasan. Lagipun produk itu boleh digunakan untuk ibunya juga kerana kebetulan ibunya tidak sihat,” katanya.

Hasmah berkata, selepas tiga hari dan dibuat suntingan, barulah Abam memuat naik video itu di Instagram dan mendapat reaksi hangat daripada pengguna.

“Bayangkan beratus ribu produk ini dapat dijual. Ejen semua beroleh pendapatan lima angka sebulan.

“Jualan untuk sehari penuh satu lori. Ia sesuatu yang amat mengejutkan dan menakjubkan bagi kami.

“Saya tak lupa menghubunginya bagi mengucapkan terima kasih. Jawapan ringkas daripadanya ialah ini rezeki bersama daripada Allah,” katanya.

Hamidah kemudian mahu membayar Abam atas perkhidmatannya itu, namun dia terkejut apabila pelawak dan pelakon popular itu menolaknya.

“Dia nasihatkan saya supaya gunakan bahagian yang sepatutnya diberikan kepadanya anak yatim.

“Hati saya memang tersentuh dengan nasihatnya. Sekarang dia sudah tiada tapi saya akan ingat pesanannya supaya sentiasa bersedekah ke rumah anak yatim supaya murah rezeki.

“Sejak berurusan dengan dia, barulah timbul keberanian untuk saya berhubung dengan artis lain. Dia juga banyak bantu pertemukan saya dengan artis lain,” katanya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meningg4l dunia di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak pada 7.15 pagi Isnin lalu selepas mengadu demam dan s4kit kepala selama dua hari.

Ketika hayatnya, Abam dikenali rajin membantu golongan anak-anak yatim, menampung persekolahan anak-anak golongan miskin serta mengutamakan kebahagiaan ibu serta adik-beradiknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rojak Media

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "‘ Abam tak mahu ambil bayaran lepas dia bantu saya. ‘ Hamidah terhutang budi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*