‘Bersyukur dan masih lagi merasa teruja dengan kehadiran pengunjung Himpunan Daie Ummah di Terengganu tempoh hari’ Jelas Ustaz Abdul Somad..

HUJAN tidak menghalang lebih 50,000 pengunjung hadir untuk mengikuti ceramah pendakwah bebas dari Indonesia, Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Somad, di Dataran Drawbridge, Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus, malam tadi.

Kedatangan Ustaz Somad sebagai memenuhi aktiviti dakwahnya di negara ini sejak 2 Februari lalu.

Ia berakhir di Terengganu malam tadi dan mendapat sambutan luar dugaan daripada rakyat seluruh negeri.

Ceramah selama satu jam 15 minit itu adalah antara pengisian Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera anjuran kerajaan negeri.

Ceramah turut dihadiri pendakwah tersohor tempatan Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Himpunan berkenaan dirasmikan EXCO Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang mewakili Menteri Besar.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu, pendakwah dari Riau itu mengenakan pakaian kemeja berkot coklat dan bersongkok ketika menyampaikan ceramah berkisarkan mengenai kekuasaan Islam dalam politik (pentadbiran) dan pendidikan anak-anak.

Terdahulu, pengunjung yang membanjiri kawasan berkenaan turut menunaikan solat Isyak berjemaah.

Ceramah dimulakan UAI sebelum diambilalih Ustaz Somad bermula 9.45 hingga akhir program pada 11 malam.

Himpunan berkenaan turut diselitkan dengan kutipan amal untuk Tabung ‘Terengganu For Yaman’, dilaporkan kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM80,000.

Tinjauan media turut mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda yang datang dari pelusuk Terengganu dan negeri jiran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "‘Bersyukur dan masih lagi merasa teruja dengan kehadiran pengunjung Himpunan Daie Ummah di Terengganu tempoh hari’ Jelas Ustaz Abdul Somad.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*